Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773169
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasni Jaafar, Prof. Madya. Dren_US
dc.contributor.advisorRozita Hod, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd.Faizal Madrim (P92640)en_US
dc.date.accessioned2024-03-05T01:07:38Z-
dc.date.available2024-03-05T01:07:38Z-
dc.date.issued2021-07-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773169-
dc.description.abstractKadar kematian akibat masalah buah pinggang semakin meningkat secara keseluruhannya dan antara faktor penyumbang yang perlu diberikan perhatian adalah masalah pencemaran persekitaran. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji paras urin kadmium dan kaitannya dengan albuminuria sebagai indikator awal masalah buah pinggang dalam kalangan komuniti di Kepong, Kuala Lumpur. Responden penyelidikan diperolehi daripada beberapa program berkaitan kesihatan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kepong yang melibatkan komuniti setempat di sekitar Kepong bermula April 2019 sehingga Disember 2019. Dua pensampelan urin telah dijalankan iaitu ujian urinalisis batang celup untuk melihat perubahan patologi dalam urin dengan menggunakan strip reagen Mission dan ujian Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS) bagi mengesan keberadaan dan paras urin kadmium. Sejumlah 240 responden telah berjaya menyertai penyelidikan ini. Min umur responden adalah 41 tahun. 26.7% mempunyai tekanan darah tinggi, 6.7% menghidap kencing manis dan 4.2% menghidap kolesetrolemia. 51.7% didapati mempunyai paras urin kadmium melebihi paras amaran (Agensi Bahan Toksik dan Penyakit (ATSDR) dan Lembaga Keselamatan Makanan Eropah (EFSA)) dan 27.1% mempunyai albuminuria. Analisis bivariat menunjukkan bahawa kategori umur (x2=15.95, p<0.001), tahap pendidikan tertinggi (x2=13.86, p<0.001), kategori pendapatan (x2=12.47, p<0.001), tekanan darah tinggi (x2=10.08, p=0.001), kencing manis (x2=10.89, p=0.002) dan urin kadmium (x2=28.66, p<0.001) mempunyai hubung kait signifikan dengan albuminuria. Manakala ujian regresi logistik berganda mendapati bahawa mereka yang berumur ≥60 tahun (aOR: 3.53;95% SK=1.41-8.83), tidak berpendidikan tinggi (aOR: 2.18;95% SK=1.14-4.17), kencing manis (aOR 3.36;95% SK=1.07-10.52) dan urin. Kadmium tinggi (aOR: 4.72;95% SK=2.33-9.59) mempengaruhi albuminuria. Program saringan akan datang memerlukan penumpuan yang lebih kepada mereka yang berisiko berdasarkan hasil dapatan penyelidikan ini. Komponen seperti pemakanan sehat dan kepentingan udara bebas asar rokok perlu disepadukan dalam program tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca pendedahan kadmium.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCadmium -- urineen_US
dc.subjectKidney Diseasesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian hubung kait urin kadmium dengan albuminuria serta faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan komuniti Kepongen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.M697k 2021 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247156en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Kesihatan Masyarakaten_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian hubung kait urin kadmium dengan albuminuria serta faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan komuniti Kepong.pdf
  Restricted Access
Full-text2.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.