Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773070
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShukor Md. Nor, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Amir Zakaria (P83754)en_US
dc.date.accessioned2024-02-27T07:52:55Z-
dc.date.available2024-02-27T07:52:55Z-
dc.date.issued2022-01-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773070-
dc.description.abstractPada tahun 1965, sejumlah 4 ekor burung botak padi telah dibawa dari Sri Lanka dan dilepaskan terbang bebas di sekitar Zoo Negara. Burung botak padi (Mycteria leucocephala), spesies burung air dari Family Coraciidae, telah tersebarluas di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pertambahan spesies ini mungkin menimbulkan ancaman kepada burung air yang lain. Oleh itu, memahami taburan dan pemilihan habitat mereka boleh berfungsi sebagai langkah awal ke arah mengawal populasi burung ini. Objektif kajian adalah untuk: 1) menentukan saiz populasi, taburan dan corak sebaran burung botak padi, 2) menentukan ciri-ciri badan air yang digunakan oleh burung botak padi bagi mencari makanan, bermalam dan membiak, 3) menentukan aktiviti pembiakan burung botak padi di Tasik Shah Alam & UB Wetland Putrajaya, dan 4) menilai lakuan penjagaan oleh induk burung botak padi pada sarang terpilih. Sebanyak 256 badan air dilawati bermula 7 pagi sehingga 7 malam sepanjang tahun 2016 dan 2017 dengan menggunakan kaedah teknik kiraan titik persampelan. 30 minit diperuntukkan bagi setiap titik persampelan dengan jarak 200 meter di antaranya. Temubual terhadap penduduk, penilaian pembolehubah fizikal (lebar, kedalaman pemakanan, jarak dari tapak bersarang berhampiran, ketinggian rumput dalam radius 10 meter) dan faktor habitat (jenis, lokasi, tumbuhan terampai, kekeruhan) dijalankan untuk setiap badan air yang dilawati. Kehadiran spesies burung air turut dicatatkan. Spesies ini sering ditemui di kolam, tasik dan loji rawatan. Analisis PCA menjelaskan bahawa lebar badan air, ketinggian rumput dan kedalaman pemakanan merupakan faktor penting bagi pemilihan badan air untuk mencari makanan. Populasi burung ini mempunyai assosiasi yang tinggi dengan lebar badan air, selain tebing dengan campuran tanah liat dan konkrit. Regresi berganda menunjukkan bahawa ketinggian rumput, lebar jasad air dan kedalaman pemakanan menambah secara bererti (p<0.05). Terdapatnya hubungan positif signifikan yang kuat (r=0.815, p<0.01) di antara bilangan sarang dengan purata suhu. Manakala purata taburan hujan memberi nilai negatif terhadap bilangan sarang dan bilangan juvenil. Rakaman video terhadap sarang tertentu dilaksanakan untuk fasa mengeram dan fasa menjaga anak. Aktiviti berdandan dan berehat mempunyai perbezaan yang bererti (p<0.05). Antara strategi membuat sarang adalah (i) pemilihan lokasi bersarang, (ii) kesungguhan burung jantan menyiapkan sarang yang baik, (iii) penjagaan sarang oleh burung betina semasa pembinaan sarang, (iv) strategi mengeram dan (vi) menggunakan bahan tersedia untuk membina sarang. Faktor yang menyumbang kepada telur tidak menetas termasuklah umur matang pasangan, kesesuaian pasangan dan tiada kerjasama dalam proses mengeram. Pada tahun 2016, purata tempoh mengeram ialah 29.23 hari, purata tempoh membina sarang ialah 5.74 dengan kejayaan bersarang ialah 88.42% (bilangan sarang=57). Purata anak per sarang ialah 1.9 ekor dengan kadar kemandirian 97.49% daripada 99 ekor anak burung. Pada tahun 2017, purata tempoh mengeram ialah 29.26 hari, purata tempoh membina sarang ialah 5.66 dengan kejayaan bersarang ialah 87.98% (bilangan sarang=74). Purata anak per sarang ialah 1.58 ekor dengan kadar kemandirian 96.78% daripada 109 ekor anak burung. Kajian menunjukkan kejayaan adaptasi spesies ini terhadap persekitaran sangat tinggi. Seterusnya memberi kesan negatif kepada ekosistem dan spesies residen yang lain. Maka, langkah kawalan populasi spesies ini wajar dilaksanakan dari semasa ke semasa bermula dengan kawalan lokasi mencari makan dan lokasi bersarang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBirds -- Breedingen_US
dc.subjectAvicultureen_US
dc.subjectBiologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian biologi burung botak padi (Mycteria leucocephala) di Lembah Klang, Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.identifier.callnoQL673.M634 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007246en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian biologi burung botak padi mycteria leucocephala di lembah klang Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text6.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.