Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773069
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norrakiah Abdullah Sani, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Rohana Jaafar, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Shareena Ishak, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mahirah Mohamad (P80648) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-02-27T07:51:55Z | - |
dc.date.available | 2024-02-27T07:51:55Z | - |
dc.date.issued | 2022-03-03 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773069 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sistem keselamatan makanan berasaskan prinsip Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) di bilik susu Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Risiko patogen berbahaya (Cronobacter sakazakii dan Salmonella spp.) pada bayi pramatang boleh berpunca daripada pengendalian susu yang tidak selamat. Kajian ini melibatkan lima objektif iaitu: (i) pengenalpastian hubungan di antara tempoh penggunaan tiub pemakanan bayi terhadap pelekatan bakteria dalam tiub pemakanan bayi, (ii) penentuan mikroorganisma dalam susu ibu (EBM), susu sedia diminum (RTF) dan susu rumusan bayi (PIF) serta penilaian tahap kebersihan peralatan dan tangan pengendali susu (jururawat dan penyedia susu), (iii) pembangunan program Amalan Pengilangan yang Baik (GMP), )(iv) pembangunan sistem HACCP, dan (v) penilaian tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengendali susu sebelum dan selepas menghadiri latihan pengendalian susu yang selamat. Sejumlah 30 tiub pemakanan bayi diuji dan mendapati pelekatan bakteria dalam tiub pemakanan bayi tidak dikaitkan dengan tempoh penggunaan tiub. Biofilem berbentuk kokus dan rod turut dijumpai dalam tiub pemakanan bayi melalui ujian pengesanan imbasan elektron mikroskop (SEM) adalah terdiri dari Staphylococcus aureus, Enterococcus dan Enterobacteriaceae. Semua sampel susu mengandungi kiraan aerobik kecuali susu RTF terbukti steril dengan tiada kehadiran bakteria dihitung. Tiada C. sakazakii dan Salmonella spp. dikesan dalam semua sampel susu yang diuji. Tahap kebersihan peralatan di bilik susu (botol susu, pam susu, puting susu, peti sejuk beku, peti sejuk dingin, mesin pencucian automatik, mesin pempasteuran dan alat pemanasan botol) adalah baik dengan keputusan bacaan ATP Bioluminescene dari 18.4 hingga 89.7 RLU. Tahap kebersihan tangan ke atas 6 penyedia susu dan 11 jururawat adalah amat memuaskan. Tiada bakteria yang hadir pada tangan jururawat yang diuji dan hanya kiraan aerobik <10 CFU/tangan kiri dan kanan telah dihitung pada seorang penyedia susu. Program GMP di bilik susu telah dibangunkan merujuk Garis Panduan Amalan Pengilangan yang Baik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) yang melibatkan 8 elemen GMP dengan pengubahsuaian berdasarkan operasi di NICU. Pembangunan sistem HACCP di bilik susu berdasarkan panduan Standard Malaysia (MS 1480:2007). EBM (perahan di rumah) dan FEBM (perahan NICU), susu PIF dan air dikategorikan sebagai bahan mentah yang sensitif. Pemilihan penderma susu, penyimpanan FEBM, pempasteuran EBM, penapisan air dan pendidihan air telah dikenalpasti sebagai titik kawalan kritikal (CCP) di bilik susu. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi tahap pengetahuan, sikap dan amalan jururawat sebelum dan selepas latihan pengendalian susu yang selamat, manakala hanya tahap pengetahuan penyedia susu menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Oleh itu, amalan pengendalian susu yang bersih dan selamat berasaskan sistem HACCP dengan pemantauan yang berterusan adalah penting bagi memastikan susu yang diberikan kepada bayi di NICU adalah selamat daripada patogen berbahaya. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Breast milk -- Collection and preservation | en_US |
dc.subject | Food handling | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan sistem keselamatan makanan di bilik susu unit rawatan rapi neonatal Hospital Canselor Tuanku Muhriz | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 362 | en_US |
dc.identifier.callno | RJ216.M334 2022 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007245 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan sistem keselamatan makanan di bilik susu unit rawatan rapi neonatal Hospital Canselor Tuanku Muhriz.pdf Restricted Access | partial | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.