Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773060
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzmin Sham Rambely, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNelson Pady Tumit (P70795)en_US
dc.date.accessioned2024-02-27T07:20:50Z-
dc.date.available2024-02-27T07:20:50Z-
dc.date.issued2023-05-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773060-
dc.description.abstractDalam tesis ini dibentangkan pergerakan menuai kelapa sawit iaitu teknik tolak-tarik potong sekaligus menyediakan data kinematik dan dinamik pergerakan anggota pinggiran atas badan penuai kelapa sawit. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada faktor seperti umur, postur awal bahu dan orientasi pemegang alat kerja boleh mempengaruhi pergerakan menuai. Selain itu, penyelidikan ini juga dijalankan untuk mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara ketiga-tiga faktor tersebut dengan julat pergerakan penuaian dan nilai kilasan pergerakan sendi anggota pinggiran atas badan ketika menuai menggunakan teknik tolak-tarik-potong. Data bagi kajian ini dikumpulkan daripada 20 orang penuai kelapa sawit daripada dua buah kawasan ladang mini kelapa sawit iaitu di Parit Haji Karim Pontian Johor dan Ladang Kelapa Sawit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian telah dilaksanakan dengan menjalankan rakaman terhadap pergerakan menuai secara teknik tolak-tarik-potong menggunakan sistem Vicon Nexus dan Quintic. Proses pelicinan dan pendaftaran lengkung dijalankan menggunakan analisis data fungsian ke atas data kinematik mentah yang terhasil daripada rakaman iaitu sesaran sudut, halaju sudut dan pecutan sudut. Sesaran sudut digunakan untuk menentukan julat pergerakan penuaian manakala nilai kilasan sendi diramal berdasarkan model anggota pinggiran atas badan dengan menggantikan data kinematik ke dalam persamaan dinamik songsang yang diterbitkan menggunakan kaedah Kane. Selain itu, nilai kilasan juga ditentukan melalui sistem Vicon Nexus untuk tujuan penilaian persamaan dinamik songsang. Dalam kajian ini persamaan dinamik songsang yang diterbitkan berdasarkan model anggota pinggiran atas badan dinilai. Perbezaan antara nilai kilasan yang diramal dengan nilai yang dihasilkan melalui uji kaji dikenal pasti menggunakan pekali korelasi Pearson (r), pekali penentuan (𝑅 2 ) serta metrik Sprague dan Geers. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis varian sehala (ANOVA), ujian-t sampel bersandar, ujian-t sampel tidak bersandar dan korelasi Pearson. Variasi berkaitan umur untuk julat pergerakan penuaian postur awal dan maksimum bahu sokongan serta julat pergerakan penuaian aktif bagi sendi bahu dan pergelangan tangan sokongan semasa pergerakan menolak diperhatikan, juga kilasan pada sendi siku dominan dan sendi pergelangan tangan semasa pergerakan menolak. Faktor postur awal sendi bahu sokongan menunjukkan hubungan yang signifikan dalam julat pergerakan penuaian maksimum sendi bahu sokongan dan dominan, dan julat pergerakan penuaian aktif untuk sendi bahu sokongan dan pergelangan tangan dominan pada fasa penyediaan. Selain itu, faktor postur awal sendi bahu dominan mempengaruhi lengan dominan, mengurangkan julat pergerakan penuaian aktif sendi pergelangan tangan dominan serta mempengaruhi kilasan sendi pergelangan sokongan, bahu dan siku dominan semasa pergerakan menarik dan tindak balas, dan mempengaruhi kilasan pergelangan tangan dominan semasa pergerakan reaksi. Selain itu, korelasi negatif sederhana namun signifikan secara statistik dikenal pasti di antara orientasi pemegang dengan kilasan pergerakan reaksi lengan sokongan. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor umur dan postur awal bahu boleh mempengaruhi julat pergerakan penuaian dan kilasan sendi bahu, siku dan pergelangan tangan untuk pergerakan tertentu ketika aktiviti menuai. Kajian ini juga dapat menyediakan maklumat yang perlu dipertimbangkan dalam mereka bentuk peralatan menuai yang berkonsepkan ergonomik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPostureen_US
dc.subjectShoulder joint -- Range of motionen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan umur, postur awal bahu dan orientasi memegang alat terhadap julat pergerakan dan kilasan sendi anggota pinggiran atas badan penuai kelapa sawiten_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages323en_US
dc.identifier.callnoRA781.5.N435 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007236en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.