Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772821
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Md Sham, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZainab Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAhmad Jafri Bahar (P68800)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T04:14:51Z-
dc.date.available2024-02-05T04:14:51Z-
dc.date.issued2023-08-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772821-
dc.description.abstractKajian terdahulu mendapati banyak kaedah atau metode yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam kepada pelajar. Namun begitu, pendekatan psikologi dakwah secara khusus masih kurang dipraktikkan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenalpasti bentuk pendekatan dakwah yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, mengkaji pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang berkesan di sekolah daerah Kinta Utara, mengkaji penerapan aplikasi psikologi dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah daerah Kinta Utara dan mengkaji hubungan antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan penerapan aplikasi psikologi dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Fenomena masa kini menunjukkan terdapat banyak cabaran dalam mendidik pelajar ke arah kejayaan yang cemerlang. Psikologi dakwah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan (survey) yang menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif melalui soal selidik. Seramai 376 responden yang terdiri dalam pelajar tingkatan 4 telah dipilih sebagai responden. Data dari borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) for window (version 26.0). Hasil kajian ini mendapati bahawa pendekatan dakwah yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berada pada tahap tinggi dengan purata skor min = 4.45. Bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang berkesan secara purata skor min = 4.47 iaitu pada tahap tinggi. Begitu juga penerapan psikologi dakwah dalam PdP pendidikan Islam berada pada tahap tinggi dengan purata skor min = 4.42. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan PdP pendidikan Islam dengan penerapan psikologi dakwah dalam PdP pendidikan Islam iaitu r = 0.760, n = 376, p = 0.000. Cadangan dalam kajian agar para guru mempraktikkan pendekatan psikologi dakwah secara berfokus kepada pelajar di sekolah untuk menarik minat pelajar agar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan Islam dengan jayanya. Implikasi kajian ini dapat mengetengahkan pendekatan psikologi dakwah di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam seterusnya dapat membantu guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkesan di sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIslamic education -- Study and teachingen_US
dc.subjectEducational psychology -- Study and teachingen_US
dc.subjectDa'wah (Islam)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePendekatan psikologi dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Kinta Utara, Ipoh Peraken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages191en_US
dc.identifier.callnoLC904.A376 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007217en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan psikologi dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di sekolah menengah daerah Kinta Utara Ipoh Perak.pdf
  Restricted Access
Full-text2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.