Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772819
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhazri Osman, Dr.en_US
dc.contributor.advisorZulkefli Aini, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Salwa Jefri (P110751)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T04:12:21Z-
dc.date.available2024-02-05T04:12:21Z-
dc.date.issued2023-08-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772819-
dc.description.abstractKesantunan berbahasa merupakan salah satu elemen komunikasi yang penting dalam pengurusan. Hal ini demikian kerana amalan kesantunan yang baik memberikan kesan terhadap imej sesebuah institusi. Melalui komunikasi, pemilihan bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami, tepat dan jelas agar hasrat penutur dapat difahami oleh pendengar. Jika cara komunikasinya ralat, maka hasil kerja tidak akan seiring dengan apa yang dituntut oleh penutur. Sebagai sebuah institusi agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjadi perhatian pihak dari segenap aspek termasuklah amalan kesantunan berbahasa warganya. Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji elemen Islam dalam kesantunan berbahasa semasa mesyuarat. Objektif kedua ialah mengkaji pengetahuan kakitangan Bahagian Pendidikan JHEAINS tentang amalan kesantunan berbahasa dalam ujaran semasa mesyuarat dan objektif ketiga adalah menganalisis amalan kesantunan berbahasa dalam ujaran kakitangan Bahagian Pendidikan JHEAINS semasa mesyuarat. Kajian ini berlandaskan teori kesantunan Islam dan teori kesantunan Asmah Haji Omar (2007). Kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan ini dilakukan di Negeri Sembilan dan seramai 50 orang kakitangan Bahagian Pendidikan di ibu pejabat JHEAINS dipilih untuk menjawab soal selidik ini. Data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati responden berada pada tahap yang tinggi dari segi pengetahuan dan amalan kesantunan berbahasa semasa mesyuarat. Kajian ini juga telah menggabungkan teori kesantunan Islam dan sarjana Bahasa Melayu untuk diterapkan dalam kajian di agensi agama seperti JHEAINS. Oleh itu, sikap baik yang ditonjolkan kepada masyarakat awam atau kakitangan sokongan JHEAINS mencerminkan kualiti pekerja di agensi agama sekali gus menjadi teladan yang bagus sewaktu berurusan dalam sesuatu perkara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCourtesy in the workplaceen_US
dc.subjectIslamic etiquetteen_US
dc.subjectMeetingsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengetahuan dan amalan kesantunan berbahasa bermesyuarat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages115en_US
dc.identifier.callnoBJ1533.C9S568 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007215en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan dan amalan kesantunan berbahasa bermesyuarat di jabatan hal ehwal agama islam Negeri Sembilan (JHEAINS).pdf
  Restricted Access
Full-text3.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.