Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772817
Title: Penerimaan diri ibu bapa Muslim terhadap anak kurang upaya : cabaran dan hubungannya dengan kerohanian agama
Authors: Nur Syibrah Hanani Sobri (P95456)
Supervisor: Kamarudin Salleh, Prof. Madya Dr.
Nozira Salleh, Dr.
Keywords: Self-acceptance -- Religious aspects -- Islam
Parents of children with disabilities -- Psychology
Self-acceptance
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jul-2023
Abstract: Penerimaan diri ibu bapa sangat penting terutamanya bagi mereka yang dikurniakan anak kurang upaya. Ini kerana ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya perlu menghadapi pelbagai emosi yang kemungkinan ibu bapa kepada anak yang normal tidak laluinya seperti masalah gangguan emosi, kebimbangan, kemurungan dan tekanan dan boleh menyebabkan ibu bapa sukar menerima keadaan diri. Ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya memerlukan pelbagai sokongan seperti sokongan kewangan, sosial dan sokongan kerohanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perkaitan antara penerimaan diri dengan kerohanian agama dalam kalangan ibu bapa Muslim yang mempunyai anak kurang upaya. Pendekatan secara soal selidik telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Kajian ini dijalankan ke atas 98 orang ibu bapa kepada pelajar kurang upaya di enam buah sekolah pendidikan khas daerah Hulu Langat di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 1, Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam Bandar Baru Bangi, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Hasil kajian menunjukkan hubungan antara penerimaan diri dengan kerohanian agama di kalangan ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya berada di tahap yang rendah. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kerohanian ibu bapa berkaitan rapat dengan penerimaan diri mereka. Dapatan ini dapat memberi maklumat untuk penambahbaikan program-program kesejahteraan dalam dasar kerajaan mengenai masalah penerimaan diri dan cabaran ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya.
Pages: 193
Call Number: BF575.S37N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerimaan diri ibu bapa muslim terhadap anak kurang upaya cabaran dan hubungannya dengan kerohanian agama.pdf
  Restricted Access
Full-text4.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.