Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772816
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mohd. Sukri Haji Yahya (P95488) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-02-05T03:58:14Z | - |
dc.date.available | 2024-02-05T03:58:14Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-29 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772816 | - |
dc.description.abstract | Pelaksanaan ibadah harian penting kepada setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disebabkan ia menjadi kewajipan agama bagi setiap Muslim supaya mereka mendapat rahmat serta pertolongan Allah bagi menjayakan sesuatu latihan atau operasi ketenteraan. Namun begitu, anggota ATM sentiasa berdepan dengan pelbagai kesulitan dalam melaksanakan ibadah. Setakat ini, tiada kajian yang membincangkan secara khusus serta lengkap tentang aplikasi rukhsah dalam pelaksanaan ibadah anggota tentera ketika latihan atau operasi ketenteraan. Selain itu, pelaksanaan ibadah anggota tentera ketika operasi dan latihan adakalanya memerlukan talfīq mazhab dan kajian mengenainya sangat kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan bentuk-bentuk mashaqqah yang dihadapi oleh anggota tentera semasa menjalani latihan atau operasi ketenteraan terutamanya ketika melaksanakan ibadah. Kajian ini juga akan menilai bentuk-bentuk rukhsah dan menganalisis ibadah yang boleh mengguna pakai kaedah talfīq bagi menyelesaikan mashaqqah yang dihadapi oleh ATM ketika latihan atau operasi ketenteraan. Data bagi kajian ini dikumpul menggunakan analisis kandungan terhadap kitab-kitab turath, artikel, jurnal dan penulisan-penulisan kontemporari. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis tematik dengan menganalisis secara induktif nas-nas syarak dan huraian para sarjana berkaitan dengan mashaqqah, rukhsah dan talfīq. Dapatan kajian ini menunjukkan ilmu pengetahuan yang terhad dalam kalangan anggota ATM, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran bagi menentukan sama ada mashaqqah (kesulitan) yang mengharuskan rukhsah bertepatan dengan syarak atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kesulitan yang bertepatan dengan kaedah mashaqqah dalam pelaksanaan ibadah anggota ATM ketika latihan atau operasi ketenteraan seperti risiko kehilangan nyawa, kecederaan, menjadi tawanan musuh, terbongkar rahsia operasional dan strategi peperangan. Oleh demikian, pelaksanaan ibadah anggota tentera ketika latihan atau operasi perlu menggunakan kaedah rukhsah seperti bertayamum kerana ketiadaan air yang mencukupi atau ketika sedang mengawasi musuh, solat secara jamak dan qasar, dan solat dalam keadaan duduk sahaja atau meniarap sahaja ketika tidak dapat melakukan pergerakan secara normal disebabkan risiko kehilangan nyawa atau diketahui oleh musuh. Selain itu, pelaksanaan ibadah ketika latihan atau operasi ketenteraan harus menggunakan kaedah talfīq mazhab seperti jamak dan qasar dalam jarak yang kurang dari dua marhalah dan tayamum menggunakan selain debu atau tanah. Oleh itu, kajian ini diharap menjadi panduan yang menyakinkan bagi kegunaan anggota ATM. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Conditions (Islamic law) | en_US |
dc.subject | Remission (Islamic law) | en_US |
dc.subject | Obligations (Islamic law) | en_US |
dc.subject | Islam -- Customs and practices | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Aplikasi rukhsah terhadap mashaqqah dalam pelaksanaan ibadah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” | en_US |
dc.format.pages | 142 | en_US |
dc.identifier.callno | BP158.C5924M837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007212 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Aplikasi rukhsah terhadap mashaqqah dalam pelaksanaan ibadah anggota angkatan tentera Malaysia (ATM).pdf Restricted Access | Partial | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.