Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772814
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Safina Mohd Sharif (P107158)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T03:54:14Z-
dc.date.available2024-02-05T03:54:14Z-
dc.date.issued2023-09-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772814-
dc.description.abstractAmalan hibah ruqba semakin berkembang di Malaysia dalam menjadikannya sebagai salah satu instrumen perancangan dan pengurusan harta orang Islam, yang kebanyakannya melibatkan akaun bersama tabung unit amanah, hibah manfaat takaful dan produk hibah ruqba yang ditawarkan oleh industri perancangan harta. Namun begitu, penentuan kesahan hukum hibah ruqba masih menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana di Malaysia disebabkan oleh kemasukan syarat ruqba iaitu syarat yang melibatkan kematian salah seorang pihak yang berakad. Keputusan-keputusan penghakiman Mahkamah Syariah dalam kes-kes hibah ruqba juga berbeza disebabkan oleh ketiadaan undang-undang bertulis berkaitan hibah ruqba di negara ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan akad hibah ruqba menurut pandangan fuqaha’ di samping mengenalpasti isu-isu hibah ruqba dalam kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis keputusan penghakiman kes hibah ruqba di Mahkamah Syariah dari perspektif syariah. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan laporan fail kes hibah ruqba daripada empat negeri iaitu negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak. Manakala kaedah penganalisisan data mengguna pakai pendekatan deskriptif dan induktif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati bahawa pengamalan konsep hibah ruqba adalah relevan diamalkan dalam situasi-situasi tertentu mengikut keperluan masyarakat Islam di Malaysia. Setiap keputusan penghakiman kes hibah ruqba yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah juga bertepatan dengan prinsip maslahah terutamanya dalam memelihara, merancang dan mengurus harta demi kemaslahatan pemberi dan penerima hibah di samping mengelakkan kemudaratan sejajar dengan kehendak Syarak. Kajian ini memberi impak kepada industri yang mengguna pakai konsep hibah ruqba agar ia selari dengan Hukum Syarak khususnya bertepatan dengan prinsip maslahah. Kajian ini turut menjadi pencetus idea kepada institusi fatwa agar boleh difatwakan hukumnya dan diseragamkan konsepnya di seluruh Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeputusan penghakiman mahkamah syariah mengenai hibah dengan syarat ruqba menurut perspektif syariahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.identifier.callnoBP158.I45N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007210en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keputusan penghakiman mahkamah syariah mengenai hibah dengan syarat ruqba menurut perspektif syariah.pdf
  Restricted Access
Full-text5.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.