Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772813
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Auf Norzan Shah (P101648)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T03:51:32Z-
dc.date.available2024-02-05T03:51:32Z-
dc.date.issued2023-09-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772813-
dc.description.abstractKewujudan pelbagai qiraat dalam karya tafsir membuktikan keprihatinan para sarjana tafsir terhadap kehujahan qiraat. Kehujahan qiraat adalah metode pentafsiran al-Quran yang muncul seawal zaman sahabat RA lagi. Setiap penulis tafsir mempunyai pendekatan berbeza dalam menentukan jenis qiraat pilihan mereka namun timbul kepincangan apabila sebahagian sarjana tafsir mengingkari sesetengah qiraat mutawātirah dengan alasan hujah tatabahasanya dilihat lemah dan tidak boleh diterima seperti yang dilakukan oleh al-Ṭabarī dan Ibn Aṭiyyah al-Andalūsi. Sedangkan kaedah asal dalam menanggapi perbezaan qiraat adalah dengan jalan tawfīq maāni al-qiraat kerana menggunakan dua dalil adalah lebih baik daripada mengabaikan salah satu daripadanya. Pengaplikasian kaedah ini dalam perbahasan ikhtilaf qiraat dilihat lebih harmoni dan lebih baik berbanding tarjīh yang boleh menyebabkan berlakunya pengabaian terhadap qiraat bahkan sehingga tahap hampir menggugurkan qiraat tersebut. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti metode perbahasan qiraat oleh Abu Hayyan kemudian mengkaji konsep tawfīq maāni al-qiraat dan tarjīh antara perbezaan qiraat dan aplikasinya dalam tafsir seterusnya menganalisis kesan metode tawfīq maāni al-qiraat terhadap pentafsiran al-Quran dalam tafsir al-Baḥr al-Muhīṭ. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Pengumpulan data bersumberkan kepada analisis dokumen yang terdiri daripada tafsir al-Baḥr al-Muhīṭ dan proses penganalisisan dilaksanakan dengan menerapkan analisis tematik yang merangkumi dua peringkat yang berbeza. Hasil kajian mendapati Abu Hayyan menggunakan metode tawfīq maāni al-qiraat dalam majoriti perbahasannya dan kesan penggunaan metode tawfīq maāni al-qiraat terhadap pentafsiran al-Quran ditemukan dalam enam subtema. Keenam-enam subtema ini merangkumi kesan metode tawfīq maāni al-qiraat terhadap pentafsiran iaitu dalam memperjelaskan makna ayat, memperluaskan konteks ayat, menghilangkan kekeliruan tentang makna ayat, menonjolkan kepelbagaian uslūb bahasa, menerangkan kepelbagaian hukum fiqh dan mempertahankan status sesuatu qiraat. Kajian ini memberi sumbangan kepada pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan institusi tahfiz dalam membentuk silibus integrasi qiraat tafsir di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAbu Hayyan Muhammad ibn Yusuf -- 1256-1344 -- Bahr al-muhit fi tafsir al-Qur'anen_US
dc.subjectQurʼan -- Readingsen_US
dc.subjectQur'an -- Language, styleen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMetode tawfiq ma'ani al-qiraat dan kesannya terhadap pentafsiran al-Quran dalam tafsir al-Bahr al-Muhiten_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages207en_US
dc.identifier.callnoBP131.5.M8373 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007209en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Metode tawfiq maani al-qiraat dan kesannya terhadap pentafsiran al-quran dalam tafsir al-bahr al-muhit.pdf
  Restricted Access
Full-text3.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.