Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772810
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fariza Md. Sham, Prof. Dato’ Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Nur A‘thiroh Masyaa’il Tan Abdullah, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Jainudin Ngah (P67026) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-02-05T03:39:23Z | - |
dc.date.available | 2024-02-05T03:39:23Z | - |
dc.date.issued | 2023-06-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772810 | - |
dc.description.abstract | Aktiviti dakwah merupakan tuntutan penyebaran agama dan perlu dilakukan secara berterusan dalam mengembangkan potensi manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Program dan aktiviti dakwah merupakan satu wahana yang boleh dilaksanakan tanpa mengira situasi, masa dan tempat. Amalan beragama berkaitan akidah, ibadah dan akhlak dilihat mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelaksanaan aktiviti dakwah. Kajian terdahulu mendapati bahawa kurangnya keberkesanan aktiviti dakwah di institusi pendidikan adalah berpunca daripada perancangan program yang kurang menarik dan pelaksanaan aktiviti dakwah yang kurang memuaskan. Permasalahan berkenaan menyebabkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dakwah yang telah dijalankan tidak memberi impak yang jelas dan tidak mencapai objektif yang digarapkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti aktiviti dakwah yang dilaksanakan dengan pemantapan amalan beragama siswa guru, mengkaji tahap amalan beragama siswa guru, mengkaji masalah dan cabaran dalam pelaksanaan aktiviti dakwah dan menganalisis hubungan aktiviti dakwah dengan tahap amalan beragama siswa guru. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan kajian lapangan. Analisis dokumen adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep dan teori berkaitan topik dalam kajian ini. Seterusnya, kajian lapangan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dijalankan, di mana seramai 507 siswa guru semester satu hingga lapan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Tengah telah dipilih sebagai responden. Data dari borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window (version 26.0) bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai, purata keseluruhan, frekuensi, peratusan, korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai (multiple regression). Hasil kajian mendapati tahap amalan beragama para siswa guru di IPGM Zon Tengah berkaitan aqidah, syariah dan akhlak berada di tahap yang tinggi dengan nilai skor min keseluruhannya antara 4.78 hingga 4.96. Begitu juga pelaksanaan aktiviti dakwah seperti kuliah Maghrib dan Fardhu Ain, program usrah, sambutan hari kebesaran Islam dan ceramah agama, penerbitan dan media dakwah dan kursus serta latihan menunjukkan hubungan yang sangat signifikan dengan tahap amalan beragama. Justeru, dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap pihak IPGM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti dakwah ke arah melahirkan bakal guru yang bersahsiah terpuji dan mempunyai tahap amalan beragama yang tinggi. Ini bersesuaian dengan misi IPGM untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Da'wah (Islam) | en_US |
dc.subject | Muslim teachers -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Religious education -- Activity programs | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Hubungan aktiviti dakwah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) zon tengah dengan pemantapan amalan beragama siswa guru | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 194 | en_US |
dc.identifier.callno | BP170.85.J335 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007206 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hubungan aktiviti dakwah di institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) zon tengah dengan pemantapan amalan beragama siswa guru.pdf Restricted Access | Full-text | 3.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.