Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772807
Title: Pembinaan standard penarafan hotel mesra Muslim di Malaysia berdasarkan maqasid syariah
Authors: Aziz Abidin Azmi Puat (P107051)
Supervisor: Mohamad Zaini Yahaya, Dr.
Keywords: Hotel management -- Malaysia
Maqasid (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Jun-2023
Abstract: Penarafan hotel mesra Muslim diperlukan untuk mengiktiraf sesebuah hotel sebagai mesra Muslim. Namun, walaupun penarafan ini dapat memberikan nilai tambah kepada hotel, kajian lepas menunjukkan standard-standard yang digunakan tidak memenuhi sepenuhnya penjagaan lima kulliyyāt utama Maqasid Syariah. Bagi menjadikan penarafan itu bersifat holistik, ia perlu dibina berlandaskan Maqasid Syariah. Pelbagai kajian telah mencadangkan Maqasid Syariah sebagai dasar pembinaan sebuah standard penarafan hotel mesra Muslim. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis standard-standard dalam penarafan hotel mesra Muslim yang digunakan di Malaysia, mengenal pasti tahap keperluan pelancong Muslim terhadap atribut hotel mesra Muslim, seterusnya mencadangkan sebuah standard penarafan hotel mesra Muslim yang bersifat holistik berdasarkan Maqasid Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan reka bentuk analisis kandungan dan tinjauan. Analisis kandungan merangkumi analisis dokumen terhadap lapan standard penarafan hotel mesra Muslim. Manakala tinjauan merangkumi kaedah temu bual dan soal selidik. Temu bual dijalankan bersama lima informan, terdiri daripada ahli akademik dan pemain industri perhotelan mesra Muslim. Kaedah soal selidik pula melibatkan 384 orang pelancong Muslim. Kedua-dua kaedah menggunakan pensampelan bertujuan. Hasil analisis tematik terhadap dokumen dan transkrip temu bual mendapati terdapat 75 standard dikelaskan kepada penjagaan agama, 51 standard penjagaan nyawa, 23 standard penjagaan akal, 42 standard penjagaan keturunan dan 28 standard penjagaan harta. Hasil analisis deskriptif data soal selidik pula mendapati tahap keperluan pelancong Muslim terhadap atribut hotel mesra Muslim berdasarkan Maqasid Syariah adalah sangat tinggi. Tahap keperluan terhadap atribut penjagaan agama adalah yang paling tinggi, diikuti penjagaan nyawa dan harta, penjagaan akal dan penjagaan keturunan. Akhir sekali, sebuah standard penarafan hotel mesra Muslim dicadangkan menggunakan analisis tematik berdasarkan dimensi peneguhan dan pencegahan serta tahap kemaslahatan menurut Maqasid Syariah. Kajian ini memberikan implikasi kepada agensi penarafan, pelancong dan industri pelancongan bahawa Maqasid Syariah perlu dijadikan dasar pembangunan penarafan hotel mesra Muslim bagi menjadikannya bersifat holistik.
Pages: 185
Call Number: TX911.3.M27A995 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan standard penarafan hotel mesra muslim di Malaysia berdasarkan maqasid syariah.pdf
  Restricted Access
Full-text7.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.