Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772805
Title: | Konsep masyarakat 'umran dalam wacana klasik dan kontemporari Islam |
Authors: | Siti Nur Najiah Adnan (P93713) |
Supervisor: | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. |
Keywords: | Islamic sociology Civilization -- Philosophy Islam and politics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Sep-2023 |
Abstract: | Kajian ini membincangkan penerapan konsep cumran yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam masyarakat Muslim era klasik dan kontemporari. Wacana umran diperkenalkan pada kurun ke-14M yang memfokuskan tentang kemasyarakatan, namun begitu, intipatinya sudah wujud sebelum zaman Ibn Khaldun, malah diperluaskan perbincangannya pasca Ibn Khaldun. Oleh itu, kajian ini merupakan usaha penyusunan dan penelitian secara kritis dan sistematik mengenai konsep masyarakat cumran dalam wacana klasik dan kontemporari Islam. Ia menganalisa dasar-dasar yang mendominasi pembentukan masyarakat, antaranya ialah pemikiran dan pengaruh asing, kepimpinan dan politik serta identiti dan budaya. Perbincangan ini adalah berasaskan pendekatan analisis kandungan dengan bersumberkan al Muqaddimah beserta maklumat para sarjana mengenai konsep ketamadunan dan peradaban. Selain itu, pendekatan perbandingan di antara wacana cumran pada era masyarakat zaman klasik dan kontemporari Islam untuk melihat sejauh mana kerelevenan cumran. Kaedah temu bual juga turut dilaksanakan bagi mengambil pandangan dari pakar bidang cumran. Justeru, hasil kajian ini merumuskan bahawa keanjalan cumran dimanifestasi melalui persamaan dan perbezaan cumran dalam wacana klasik dan kontemporari Islam yang mendasari aspek pemikiran dan pengaruh asing, kepimpinan dan politik serta identiti dan budaya. Wacana klasik lebih memberi pendedahan kepada maksud cumran dan bagaimana ia berfungsi dalam sistem kemasyarakatan Islam, manakala wacana kontemporari mempamerkan kelestarian cumran dalam arus globalisasi. Justeru, perbincangan cumran dapat dilihat melalui dinamika pengorganisasian kehidupan bermasyarakat menjangkaui aspek zaman dan lokaliti, usaha-usaha kesepaduan masyarakat serta melahirkan konsep baharu yang mempunyai keunikan tersendiri, bersifat mandiri serta meraikan realiti masa kini mahupun masa hadapan. |
Pages: | 214 |
Call Number: | BP173.25.S568 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Konsep masyarakat Umran dalam wacana klasik dan kontemporari islam.pdf Restricted Access | Full-text | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.