Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772803
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Basir Mohamad, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohammad Zaini Yahaya, Dr.en_US
dc.contributor.authorErfan Asmaie Khairul Anam (P110133)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T03:16:51Z-
dc.date.available2024-02-05T03:16:51Z-
dc.date.issued2023-06-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772803-
dc.description.abstractMoratorium merupakan salah satu kemudahan yang tidak digunakan secara umum oleh pihak bank yang mana tujuannya adalah untuk meringankan bebanan dan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelanggan dalam senario dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, kemudahan ini telah ditawarkan secara besar-besaran dan secara automatik melalui pengumuman kerajaan ketika pandemik COVID-19 tanpa mengambil kira kesan sebenar yang berlaku terhadap individu. Islam pula menuntut umatnya memberi penangguhan pembayaran hutang terutamanya kepada penghutang muʿsir dan tiada harta yang mencukupi. Justeru, sejauh mana pelaksanaan moratorium di perbankan Islam bertepatan dengan konsep moratorium dalam Islam. Kajian ini meliputi tiga objektif. Pertama, membezakan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 oleh institusi perbankan Islam. Kedua, mengenal pasti konsep penangguhan hutang dalam Islam. Ketiga, menganalisis pelaksanaan moratorium oleh institusi perbankan Islam di Malaysia dengan konsep penangguhan hutang dalam Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Seramai 4 orang panel syariah telah dipilih sebagai informan temu bual. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan tematik. Dapatan kajian melalui objektif pertama, terdapat beberapa perbezaan dari sudut amalan dan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 terutamanya dari sudut penawaran, golongan sasaran, sebab tawaran dan prinsip ihsan. Dapatan kedua, penangguhan hutang dalam Islam sememangnya dituntut dan mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi agar dapat mencegah elemen yang diharamkan syarak dan dapat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak. Ketiga, analisis mendapati bahawa istilah dan konsep moratorium di institusi perbankan Islam menepati ciri-ciri penangguhan hutang dalam Islam. Namun, beberapa perkara perlu ditambah baik dari sudut pelaksanaan. Terdapat tiga implikasi utama dalam kajian ini. Pertama, perbezaan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 dapat dikenal pasti agar masyarakat faham dan menerima maklumat dengan tepat. Kedua, konsep dan pelaksanaan penangguhan hutang dalam Islam mampu difahami dengan baik agar masyarakat tidak salah dalam memahami sesuatu hukum daripada nas dan pandangan ulama. Ketiga, merungkai keselarasan konsep penangguhan hutang dalam Islam dengan pelaksanaan moratorium pada masa kini dan menambah baik pelaksanaannya pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDebt relief (Islamic law)en_US
dc.subjectMoratorium on payment of debtsen_US
dc.subjectDebtor and creditor (Islamic law)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMoratorium menurut fiqh dan amalannya di perbankan Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages131en_US
dc.identifier.callnoBP158.D435E734 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007199en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Moratorium menurut fiqh dan amalanya di perbankan islam.pdf
  Restricted Access
Full-text3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.