Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772801
Title: Organogel berasaskan poliester terbiodegradasi daripada lignin tandan kosong kelapa sawit sebagai sistem penghantar topikal resveratrol
Authors: Norhidayu Zainuddin (P93217)
Supervisor: Rusli Daik, Prof. Dr.
Suria Ramli, Dr.
Mohd Hanif Zulfakar, Dr.
Nur Hazlin Hazrin Chong, Dr.
Mohamad Yusof Maskat, Prof. Dr.
Keywords: Polyesters
Lignin
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Aug-2022
Abstract: Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan sistem organogel berasaskan poliester terbiodegradasi sebagai sistem penghantar bahan aktif melalui kulit. Resveratrol digunakan sebagai model bahan aktif untuk tujuan ini. Dalam kajian ini, lignin diekstrak dariapada serabut tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dengan menggunakan pelarut campuran etanol/air. Lignin TKKS yang diperolehi seterusnya dijalankan proses degradasi secara kaedah biologi menggunakan bakteria Streptomyces viridosporus T7A. Proses biodegradasi lignin TKKS dilakukan untuk mendapatkan monomer lignin penting seperti sebatian aromatik fenolik asid 4- hidrosisinamik (102.0±0.5 mg/g). Antara monomer aromatik lain yang berjaya diperolehi daripada proses biodegradasi lignin TKKS dengan bakteria Streptomyces viridosporus T7A adalah asid 4-hidroksibenzoik (33.2±1.0 mg/g), 4- hidroksibezaldehid (40.1±0.7 mg/g), asid ferulik (52.5±1.3 mg/g) dan asid vanilik (61.6±1.0 mg/g). Poliester terbiodegradasi dihasilkan daripada monomer asid 4- hidroksisinamik melalui langkah pempolimeran berenzim dengan menggunakan enzim lipase. Polister terhasil memberikan berat molekul di antara 2000-7000 g/mol. Ujian biodegradasi poliester di dalam larutan penimbal PBS menunjukkan sifatnya yang biodegradasi. Sistem organogel berasaskan poliester terbiodegradasi dibangunkan dan diformulasikan dengan menggunakan minyak sayuran seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai fasa organik. Pembangunan sistem organogel berasaskan poliester terbiodegradasi diuji dengan penggunaan fasa minyak dan berat molekul yang berbeza (2000-7000 g/mol). Resveratrol diformulasikan ke dalam sistem organogel sebanyak 0.5 % w/w dan penambahan poliester:asid stearik ditambahkan pada nisbah 2:1 bagi mendapatkan formulasi sistem yang stabil.
Pages: 140
Call Number: TP1180.P6. N637 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.