Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772795
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Shafawati Mohd Taib, Dr.en_US
dc.contributor.authorWardah Mohd Saleh (P99019)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T01:30:35Z-
dc.date.available2024-02-05T01:30:35Z-
dc.date.issued2022-09-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772795-
dc.description.abstractPembandaran merupakan proses perubahan di sesebuah kawasan iaitu dengan berlakunya pembangunan dan pembinaan bertujuan untuk menampung pertambahan populasi manusia. Proses ini telah mengakibatkan degradasi habitat semula jadi berlaku di kawasan bandar yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pelbagai organisma termasuk burung. Keupayaan untuk beradaptasi membuatkan sebilangan spesies burung yang bersifat oportunis membiak dengan cepat dan banyak sehingga menyebabkan kelimpahan spesies asli menurun. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepelbagaian, kelimpahan dan habitat spesies burung di kawasan bandar khususnya Gagak rumah (Corvus splendens) dan menyaring bakteria patogenik yang dibawa olehnya. Kajian dijalankan di 12 buah bandar di Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kaedah kiraan titik telah digunakan untuk membuat pemerhatian burung dan mengikuti operasi menembak burung gagak yang dijalankan oleh majlis perbandaran bagi mendapatkan sampel gagak. Pemerhatian habitat secara langsung telah dijalankan untuk menganalisa ciri-ciri pemilihan habitat burung gagak selain dari penggunaan perisian Google Earth Pro untuk melihat kesan lanskap bandar terhadap komuniti burung di kawasan bandar. Sebanyak 4936 individu burung yang terdiri daripada 20 spesies telah direkodkan yang didominasi oleh burung Gagak rumah. Penilaian habitat mendapati, kekayaan spesies burung dipengaruhi oleh kehadiran jasad air dan jalan raya, manakala vegetasi, jalan raya dan kawasan terbuka mempengaruhi kelimpahan spesies. Kumpulan burung bandar pula tidak dipengaruhi oleh lanskap bandar. Pemerhatian populasi Gagak rumah dan ciri pemilihan habitat menunjukkan kelimpahan Gagak rumah adalah lebih tinggi di kawasan bandar yang sibuk iaitu di Bangi, Cheras, Masai dan Kota Laksamana. Kajian mendapati, faktor antropogenik tidak mempengaruhi kelimpahan gagak berbanding faktor fizikal habitat gagak. Litupan kanopi, jarak habitat gagak dengan bangunan, tong sampah dan premis menjual makanan merupakan antara ciri fizikal yang berkait dengan kelimpahan Gagak rumah. Seterusnya, analisa makmal mendapati sebanyak 20 spesies bakteria patogenik telah berjaya dipencilkan daripada sampel swab kloaka Gagak rumah. Bacillus cereus merupakan bakteria yang paling banyak dipencilkan, diikuti dengan Staphylococcus aureus dan Staphylococcus pasteuri. Kajian ini merupakan kajian terperinci terhadap penilaian habitat dan komposisi burung bandar dan saringan bakteria yang dibawa oleh spesies burung bandar yang menginfestasi kebanyakkan bandar di Semenanjung Malaysia. Data kepelbagaian burung dan makrohabitat yang diperolehi adalah berguna untuk memastikan kelestarian habitat untuk menjamin kepelbagaian spesies burung di kawasan bandar. Di samping itu, maklumat tentang populasi dan pengesanan bakteria dalam Gagak rumah amat penting untuk mengawal populasi gagak dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria patogenik yang dibawa oleh burung bandar kepada manusia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPathogenic bacteriaen_US
dc.subjectHabitat (Ecology)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian komposisi dan habitat burung bandar dan penyaringan bakteria Patogenik pada gagak rumah (Corvus Splendens)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages127en_US
dc.identifier.callnoQR46.W337 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007264en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian komposisi dan habitat burung bandar dan penyaringan bakteria patogenik pada gagak rumah (corvus splendens).pdf
  Restricted Access
Partial4.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.