Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772792
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRussli Kamarudin, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Safwan Saparudin (P77633)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T01:18:55Z-
dc.date.available2024-02-05T01:18:55Z-
dc.date.issued2023-07-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772792-
dc.description.abstractWacana integrasi Turki-Eropah kembali hangat diperdebatkan apabila Kesatuan Eropah (EU) membuka meja rundingan penyertaan Turki dalam EU pada tahun 2005. Namun, setelah hampir dua dekad, Turki masih berdepan jalan buntu untuk memenuhi pra-syarat kemasukan dan sistem undang-undang EU yang dikenali sebagai Acquis Communautaire. Merumitkan lagi situasi, majoriti komuniti Eropah membantah kemasukan Turki dalam EU. Prejudis komuniti Eropah terhadap Turki juga dilihat kuat mempengaruhi sidang Parlimen EU untuk menghalang Turki daripada menganggotai EU. Sehubungan itu, tujuan kajian ini bagi menganalisis strategi kuasa lunak (soft power) Turki terhadap komuniti Eropah serta peranan badan pemikir İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV) dalam usaha mencairkan prejudis komuniti Eropah terhadap Turki. Kajian ini berbentuk kualitatif yang dijalankan melalui kajian punca (causal research) dengan mengaplikasikan kaedah pengutipan data secara temu bual dengan tujuh belas (17) informan; analisis dokumen dan audio-visual dalam ucapan perbahasan Parlimen EU dan laporan tahunan hubungan Turki-EU; perbincangan kumpulan berfokus dan kajian kepustakaan. Unit analisis kajian ini memfokuskan peranan badan pemikir Turki, İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV), dalam kerangka penglibatannya sebagai badan bukan kerajaan (BBK) dan agen diplomasi awam yang tertua dan berpengalaman di Turki; khususnya dalam mengurus persepsi, mencairkan prejudis, menyuburkan persefahaman dan semangat bekerjasama antara komuniti Turki dan Eropah. Tempoh masa kajian antara 2002 dan 2022 dipilih bagi menilai impak dasar luar di bawah pemerintahan Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP). Hasil utama kajian menemukan bahawa pengaruh strategi İKV telah mencapai beberapa batu tanda yang signifikan, namun belum mencapai sasaran strategik utama kerajaan Turki. Kajian juga telah menemukan punca-punca fenomena bantahan majoriti komuniti Eropah terhadap Turki serta mengenal pasti cabaran-cabaran hubungan luar Turki dengan Kesatuan Eropah. Implikasi kajian mendapati bahawa pendekatan dialog dan rundingan secara telus antara pihak-pihak berkepentingan dalam kerangka wacana diplomasi awam kekal relevan serta berpotensi menyuburkan perkongsian nilai-nilai bersama dan dasar-dasar konstruktif dalam projek integrasi Turki-Eropah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInternational relationsen_US
dc.subjectWorld politicsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleStrategi kuasa lunak dan peranan iktisadi kalkinma vafki (IKV) dalam projek integrasi Turki-kesatuan Eropah, 2002-2022en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages415en_US
dc.identifier.callnoJZ1242.M634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007260en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Strategi kuasa lunak dan peranan iktisadi kalkinma vafki (IKV) dalam projek intergrasi Turki kesatuan eropah 2002-2022.pdf
  Restricted Access
Full-text18.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.