Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772791
Title: | Jaringan sosial dan kelangsungan perniagaan komuniti usahawan Melayu pesisir pantai Kuala Terengganu |
Authors: | Mohd Hadri Mohd Rifin ( P80480) |
Supervisor: | Novel Lyndon, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Social networks Business people Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Feb-2023 |
Abstract: | Hubungan jaringan sosial merupakan salah satu faktor penting dalam mempengaruhi kelangsungan dan daya saing perniagaan melalui peranan yang dimainkan oleh setiap aktor jaringan sosial. Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana jaringan sosial mempengaruhi kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil dan sederhana milik orang Melayu dalam persekitaran sosial yang homogen. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan jaringan sosial dalam membantu kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil sederhana milik orang Melayu. Dalam masa yang sama kajian ini juga bertujuan menganalisis jenis-jenis jaringan sosial yang digunakan dan implikasi jaringan sosial tersebut terhadap kelangsungan hidup dan daya saing perniagaan mereka. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual mendalam dengan 20 orang informan yang merupakan usahawan kecil dan sederhana Melayu yang menjalankan perniagaan di Kuala Terengganu. Pemilihan informan kajian menggunakan teknik bola salji. Ciri-ciri utama pemilihan informan ialah usahawan kecil dan sederhana yang mempunyai jumlah jualan tahunan melebihi RM300 ribu atau sekurang-kurangnya memiliki 5 orang pekerja. Penganalisisan data kualitatif adalah secara bertema menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati jaringan sosial bukan sahaja mempunyai peranan penting kepada usahawan dan perniagaan, malah memberikan implikasi yang baik terhadap prestasi, produktiviti, perkembangan, daya saing dan kelangsungan hidup perniagaan mereka. Jaringan sosial yang dibina antara usahawan Melayu bersama aktor jaringan sosial membantu usahawan Melayu memperoleh sumber bahan mentah, bantuan kewangan, maklumat perniagaan, pasaran, tunjuk ajar dan nasihat yang diperlukan dalam perniagaan. Kajian juga mendapati bahawa usahawan Melayu memiliki tiga unsur jaringan sosial yang utama iaitu kepercayaan dalam lingkungan sosial, kelancaran maklumat dalam struktur sosial dan norma sosial yang harus ditaati dengan sekatan yang jelas. Kesimpulannya, jaringan sosial yang kukuh memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengekalkan kelangsungan perniagaan agar terus bersaing dalam persekitaran sosial yang homogen dan ekonomi yang bersifat global. Implikasi kajian menunjukkan bahawa usahawan kecil dan sederhana Melayu perlu membina jaringan sosial menggunakan struktur sosial iaitu kekuatan sosial dalam peringkat makro termasuk institusi sosial. |
Pages: | 334 |
Call Number: | HM741.M634 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Jaringan sosial dan kelansungan perniagaan komuniti usahawan melayu persisir pantai kuala Terengganu.pdf Restricted Access | Full-text | 3.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.