Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772790
Title: Dari wartawan ke pemuisi tersohor: keindahan dan kemanusiaan dalam puisi Usman Awang
Authors: Muharam Awang (P82373)
Supervisor: Shaiful Bahri Md. Radzi, Prof. Madya, Dr.
Keywords: Poetry
Poets
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Aug-2022
Abstract: Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara yang Ketiga. Pembicaraan kajian ini berkisar terhadap keindahan puisi dan tema kemanusiaan yang disampaikan dengan begitu berkesan sehingga berjaya menjadikannya sebagai seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah air. Kejayaan Usman Awang ini dapat diibaratkan sebagai penyair tersohor. Data kajian ini melibatkan cabutan sajak-sajak ciptaan Usman Awang yang antara lain termasuk Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987) dan Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). Bagi menganalisis keindahan puisi Usman Awang, Model Gaya Bahasa oleh Hendry Guntur Tarigan diaplikasikan untuk mengenal pasti gaya bahasa yang digunakan dalam puisi; sementara dalam menganalisis elemen-elemen kemanusiaan pula, Model Kemanusiaan binaan Azman Rahmat diaplikasikan. Dapatan kajian membuktikan bahawa Usman Awang sememangnya seorang insan kecil yang lahir daripada latar belakang keluarga nelayan yang amat sederhana tetapi kemudiannya bertukar menjadi penyair besar tanah air. Kekuatan Usman Awang terletak pada keindahan puisinya selain kegigihan beliau dalam memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan. Keindahan puisi ini dapat dilihat berdasarkan kebijaksanaannya dalam menjalin penggunaan pelbagai jenis gaya bahasa baik gaya bahasa pertentangan, perulangan, pertautan, mahupun perbandingan dalam ciptaan puisi sehingga menjadikannya begitu indah menyentuh kalbu. Kekuatan ini membolehkan Usman Awang menyampaikan tema kemanusiaan secara berkesan ketika merakamkan peristiwa sejarah penting tanah air selain menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat. Dalam memperjuangkan tema kemanusiaan, Usman menyemai nilai-nilai murni kemanusiaan baik keadilan, kesamaan, amanah, reda, kasih sayang, persefahaman mahupun persaudaraan sesama insan bagi memanusiakan manusia. Sesungguhnya, Usman Awang adalah pejuang kemanusiaan yang dipancarkan menerusi sajak-sajaknya hingga ke akhir hayatnya. Kecenderungan beliau menjalin isu kemanusiaan dalam sajak-sajak ciptaannya yang begitu indah menyerlahkan bahawa nilai-nilai murni itu berfungsi sebagai indikator dalam memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang berkekalan. Usaha murni ini dilakukan atas rasa keinsafan dek kekerdilan dan hanya mampu dilakukan menerusi ketajaman mata pena.
Pages: 321
Call Number: PN1031.M834 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Dari wartawan ke pemuisi tersohor keindahan dan kemanusiaan dalam puisi usman awang.pdf
  Restricted Access
Full-text4.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.