Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772788
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norulhuda Sarnon @ Kusenin, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Afifah Idris (P94840) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-02-05T01:05:57Z | - |
dc.date.available | 2024-02-05T01:05:57Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-03 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772788 | - |
dc.description.abstract | Pandemik COVID-19 yang berlaku sejak dua tahun yang lalu telah meningkatkan jumlah pesakit kemurungan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagi membantu meningkatkan kefungsian klien pesakit Major Depressive Disorder (MDD), pekerja sosial perlu mempunyai pengetahuan tentang proses pemulihan seorang pesakit MDD. Walaupun banyak kajian telah dijalankan mengenai isu kemurungan, namun masih kurang yang mengkaji tentang pengalaman kepulihan pesakit MDD disebabkan pelbagai faktor seperti keterbukaan mereka berkongsi pengalaman. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kepulihan pesakit melalui pengalaman ‘populasi sukar dicapai’ iaitu pemandiri MDD dan penjaga utama. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pendekatan naratif, untuk menjawab persoalan kajian. Teknik pensampelan bertujuan telah digunakan dengan melibatkan seramai empat orang penjaga utama pemandiri MDD dan empat orang pemandiri yang kini aktif memberi kesedaran kesihatan mental kepada masyarakat. Data dikumpulkan daripada beberapa sumber iaitu temu bual mendalam dengan penjaga utama dan pemandiri, serta analisis dokumen sehingga mencapai tahap ketepuan. Analisis dokumen yang digunakan adalah rekod temujanji hospital, penulisan di media sosial dan catatan perkongsian bual bicara program berkaitan penyakit mental oleh pemandiri. Analisis tematik telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menghasilkan empat tema bagi pengalaman kepulihan pemandiri iaitu (i) sokongan sosial yang diterima, (ii) usaha pemandiri, (iii) perjuangan menghadapi cabaran dan (iv) impian dalam hidup. Lima tema bagi pengalaman penjagaan dari penjaga utama pula ialah (i) rasa kebertanggungjawaban (ii) penerimaan tentang MDD (iii) cabaran sepanjang penjagaan, (iv) bantuan yang diterima dan (v) harapan ke atas kesembuhan. Menerusi pengalaman pemandiri, tiga tema yang terhasil berkaitan penyertaan sosial pemandiri ialah (i) perubahan keperibadian sebelum dan semasa berjuang dengan MDD (ii) peningkatan keyakinan diri dan (iii) keinginan untuk bersosial. Tema yang sama turut terhasil daripada perspektif penjaga iaitu (i) perubahan keperibadian sebelum dan semasa berjuang dengan MDD dan (ii) peningkatan keyakinan diri. Hasil daripada kajian ini telah mencadangkan satu Model Kepulihan Pemandiri MDD bagi kegunaan pekerja sosial semasa membuat penentuan situasi ke atas pesakit wanita MDD. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Depression -- Mental | en_US |
dc.subject | Depression in women | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengalaman kepulihan pemandiri wanita kecelaruan kemurungan major (MDD) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 277 | en_US |
dc.identifier.callno | RC537.A355 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007257 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengalaman kepulihan pemandiri wanita kecelaruan kemurungan major (MDD).pdf Restricted Access | Full-text | 4.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.