Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772784
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdullah Samat, Dr.en_US
dc.contributor.authorChai Chun Xue (P99017)en_US
dc.date.accessioned2024-02-05T00:56:44Z-
dc.date.available2024-02-05T00:56:44Z-
dc.date.issued2022-12-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772784-
dc.description.abstractJangkitan yang berpunca daripada kulat telah dikenalpasti sebagai salah satu ancaman utama terhadap telur penyu laut. Populasi penyu laut global telah menurun secara mendadak dalam beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, pengoperasian tapak penetasan buatan telah digunakan secara meluas sebagai teknik pemuliharaan. Walau bagaimanapun, kepadatan sarang yang tinggi dan penggunaan semula pasir dari tapak berkenaan pula dikatakan meningkatkan risiko jangkitan kulat seterusnya menjejaskan usaha pemuliharaan. Sehubungan dengan isu tersebut, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti kepelbagaian spesies kulat dan menentukan kesannya terhadap kejayaan penetasan dan kematian embrio Chelonia mydas (Penyu Hijau) dan Eretmochelys imbricata (Penyu Karah) di tapak penetasan buatan di beberapa lokasi tertentu di Semenanjung Malaysia. Ujian antikulat juga dilakukan untuk menentukan sebatian antikulat yang sesuai terhadap spesies kulat yang dominan di kawasan penetasan. Kehadiran kulat dalam 12 pasir sarang, 55 biji telur yang tidak menetas secara bergejala, 13 biji telur yang tidak menetas secara tidak bergejala, dan 4 janin mati penyu laut yang dikumpul dari tapak penetasan yang terletak di Melaka, Pahang, Perak dan Terengganu, Semenanjung Malaysia telah diperiksa. Kulat yang dipencilkan dikenalpasti melalui ciri morfologi dan penjujukan DNA menggunakan pencetus universal. Sebanyak 16 spesies kulat telah dikenalpasti, antaranya kulat Pseudallescheria ellipsoidea merupakan spesies kulat yang paling dominan (35.4%), diikuti kulat Scedosporium aurantiacum (27.2%), dan kulat Fusarium solani (22.0%). Secara keseluruhan, populasi kulat dalam sarang penyu tidak menunjukkan kesan signifikan terhadap kejayaan penetasan dan kematian embrio (p>0.05). Sebaliknya, korelasi negatif yang jelas ditunjukkan di antara kajayaan penetasan dan peratusan telur yang tidak subur (r=-0.84, p<0.05). Manakala kepadatan P. ellipsoidea didapati meningkatkan kematian embrio secara signifikan (r=0.69, p<0.05). Sebatian antikulat sintetik, piridina menunjukkan kesan paling tinggi terhadap P. ellipsoidea, F. solani dan S. aurantiacum berbanding dengan 2,5-dihidrofuran dan n-dodekana. Kepekatan tertinggi sebatian piridina (100 μL/mL) yang diuji telah merencat lebih daripada 50% pertumbuhan jejari kulat pada hari ke-5. Kajian ini penting dalam menyokong pemuliharaan C. mydas dan E. imbricata di Semenanjung Malaysia khususnya menerusi usaha pengeraman di tapak buatan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMycosesen_US
dc.subjectGreen turtleen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleJangkitan kulat terhadap sarang penyu hijau (Chelonia Mydas) dan penyu karah (Eretmochelys Imbricata) di tapak penetasan buatan di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages161en_US
dc.identifier.callnoRC117.C483 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007253en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.