Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772520
Title: Pengubahsuaian polimer cetakan molekul ke atas permukaan elektrod karbon cetakan skrin bagi pengesanan awal kreatinin
Authors: Siti Nur Ashakirin Mohd Nashruddin, P103435
Supervisor: Mohd Farhanulhakim Razip Wee, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Teknik pengubahsuaian elektrod
Issue Date: 9-Feb-2023
Abstract: Tesis ini memperkenalkan teknik pengubahsuaian elektrod melalui konsep elektrokimia bagi pengesanan tahap kandungan kreatinin dalam buah pinggang. Oleh itu, proses pengesanan diperincikan melalui sistem terkini iaitu platform yang dipermudahkan, bebas label, ultra-selektif untuk mengesan penyakit buah pinggang kronik telah dibangunkan. Kaedah baru diagnosis pengesanan kegagalan buah pinggang ini dijalankan bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang yang lebih kronik. Selanjutnya, dapat mencegah rawatan yang lebih kritikal seperti dialisis dan terapi penggantian buah pinggang. Di sini, kelebihan pengesanan kreatinin secara elektrokimia khususnya menggunakan elektrod karbon cetakan skrin (SPCE) yang dikenali sebagai elektrod ringkas telah diketengahkan. Analisis elektrokimia boleh digunakan bagi pengesanan di tapak sampel. Pelbagai teknik analisis digunakan untuk mencirikan perubahan pada permukaan biosensor dan untuk mengkaji sifat larutan Cu2O@MIP yang disintesis. Voltametri kitaran, kronoamperometri dan spektroskopi impedan elektrokimia (EIS) digunakan untuk mengubahsuai elektrod dan untuk mengesan interaksi antara Cu2O/MIP dan kreatinin biosensor penyakit buah pinggang kronik. Platform biosensor menunjukkan tindakbalas berkepekatan dari 0 hingga 75 nM kreatinin dengan tindak balas yang tidak ketara kepada makromolekul bukan spesifik dalam air kencing. Selepas mengoptimumkan parameter amperometri menggunakan metodologi permukaan tindak balas, sensitiviti biosensor ialah 2.16 μAnM-1cm-2 dan had pengesanan kreatinin adalah 22 nM, memberikan platform yang baik bagi penghasilan pengesanan penyakit buah pinggang. Kajian eksperimen ini menunjukkan biosensor elektrokimia bukan enzim yang diubahsuai telah bertindak balas dengan baik terhadap kepekatan kreatinin dan sangat spesifik tanpa sebarang kompromi yang ketara terhadap makromolekul bukan spesifik yang terdapat dalam air kencing. Sekaligus mengesan penyakit buah pinggang kronik (CKD) peringkat awal dengan peningkatan had dan kepekaan pengesanan melalui pengubahsuaian elektrod yang efisien dan sistematik.
Description: Partial
Notes: etesis
Pages: 127
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
7_2_2023 ASHAKIRIN.pdf
  Restricted Access
7.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.