Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772503
Title: | Rangka kerja pemodenan sistem legasi kerajaan digital berpusatkan rakyat |
Authors: | Humairath KM Abu Bakar (P93821) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Prof. Madya. Dr. Dian Indrayani Jambari, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Information storage and retrieval systems Sistem legasi |
Issue Date: | 13-Jul-2022 |
Abstract: | Sistem legasi merupakan aset berharga di kebanyakan agensi sektor awam kerana menyimpan fungsi dan data pentadbiran awam yang penting. Namun, sistem legasi sering dikaitkan dengan isu teknikal yang menjadi halangan kepada usaha inovasi yang dirancang. Penggantian kepada sistem baharu pula berhadapan dengan risiko masa yang lama, kos yang tinggi dan kehilangan fungsi penting perkhidmatan. Situasi ini menggalakkan agensi sektor awam memilih untuk melaksana pemodenan sistem legasi. Walau bagaimanapun, pemodenan sistem legasi sektor awam bukan proses yang mudah. Selain aspek teknikal, ia perlu mengambil kira aspek bukan teknikal termasuk keperluan era baharu kerajaan digital berpusatkan rakyat. Beberapa rangka kerja dan model telah dibangunkan dalam kajian lepas sebagai panduan dalam melaksana pemodenan sistem legasi. Namun, ia disedia secara berasingan dan tidak holistik. Model yang dibangun adalah berdasarkan keperluan fasa atau teknik pemodenan tertentu dengan kebanyakannya menekankan aspek teknikal. Selain itu, panduan yang disedia juga tidak fokus kepada sektor awam dalam era kerajaan digital berpusatkan rakyat. Justeru, kajian ini bertujuan mengatasi kelemahan tersebut dengan menghasilkan rangka kerja menyeluruh dalam melaksana pemodenan sistem legasi bagi sektor awam. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan empat fasa iaitu kajian teoretikal, kajian empirikal, pembangunan rangka kerja dan penilaian rangka kerja. Kajian teoretikal dilaksana melalui sorotan susastera kajian terdahulu. Kajian empirikal di agensi sektor awam pula dilaksana dan dianalisis melalui dua jenis kaedah kajian berbeza iaitu fenomenologi dan teori dasar. Kaedah empirikal fenomenologi dilaksana secara temu bual individu bersama lima orang informan. Kajian empirikal teori dasar pula dilaksana secara temu bual individu dan kumpulan fokus bersama 14 orang informan. Rangka kerja dibangun berdasarkan integrasi dapatan kajian teoretikal, kajian empirikal fenomenologi dan kajian empirikal teori dasar. Faktor yang diperolehi diklasifikasi kepada empat aspek yang mempengaruhi pemodenan sistem legasi iaitu manusia, proses, produk dan organisasi. Rangka kerja seterusnya dinilai ketepatan melalui penilaian pakar yang dilaksana secara temu bual bersama tiga orang pakar bidang di agensi sektor awam. Bagi memastikan kebolehlaksanaan rangka kerja, ia disah berdasarkan kajian kes dua agensi sektor awam. Hasil penilaian menunjukkan rangka kerja yang dibangun boleh dijadikan panduan menyeluruh kepada agensi sektor awam dalam melaksana pemodenan sistem legasi seiring kerajaan digital berpusatkan rakyat. Gabungan kaedah kajian, model dan teknik serta penemuan faktor baharu dalam kajian ini juga telah mengembangkan lagi kesusasteraan dalam bidang sistem maklumat dan kejuruteraan perisian. |
Description: | Full-text |
Pages: | 344 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Tesis HUMAIRATH BINTI KM ABU BAKAR P93821.pdf Restricted Access | 2.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.