Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772489
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraidah Sahari, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNur Fazidah Elias, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHazura Mohamad, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Amlya Abd Majid (P69961)en_US
dc.date.accessioned2024-01-21T07:48:40Z-
dc.date.available2024-01-21T07:48:40Z-
dc.date.issued2022-04-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772489-
dc.descriptionPartialen_US
dc.description.abstractPenternakan merupakan salah satu sektor pertanian yang menyumbang kepada ekonomi negara. Industri penternakan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan namun pelbagai gangguan berlaku di peringkat organisasi, persekitaran dan rangkaian di dalam rantaian bekalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penternakan. Gangguan ini menyebabkan peranan rantaian bekalan dalam industri terhenti seketika. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan dalam industri penternakan. Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri penternakan berpotensi meramal gangguan dan menambah baik penyampaian maklumat dalam kalangan penternak. Namun, gangguan yang berlaku menyebabkan halangan komunikasi dalam kalangan penternak dan pemegang taruh rantaian bekalan industri penternakan. Pada masa yang sama, sistem maklumat yang dibangunkan tidak digunakan sepenuhnya. Penternak juga berhadapan dengan gangguan lain yang berlaku dalam proses penternakan seperti isu kewangan, kelemahan penggunaan teknologi serta kelemahan memasarkan hasil ternakan. Hal ini mengakibatkan kesan terhadap prestasi penternak dan menjejaskan rantaian pembekalan penternakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor gangguan yang mempengaruhi prestasi rantaian bekalan PKS penternakan, membangunkan model gangguan rantaian bekalan dalam industri penternakan dan menguji kesahan model gangguan yang dihasilkan. Faktor gangguan diperolehi daripada analisis sorotan susastera dan data daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta penilaian pakar. Sepuluh orang pengamal daripada pelbagai bidang rantaian bekalan manakala lima pakar akademik dari institusi pengajian tinggi dipilih sebagai pakar untuk mengesahkan faktor gangguan yang dikenal pasti. Kaedah kuantitatif diguna untuk membangun dan mengesah instrumen dan model kajian. Penilaian model pengukuran mengguna pendekatan Pemodelan Persamaan Berstruktur melalui kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) diguna untuk mengesah model. Faktor yang dipertimbangkan pada model kajian adalah Proses Penternakan, Kewangan, Penternak, Kualiti Hasil Ternakan, Kemudahan, Teknologi, Permintaan, Bekalan, Komunikasi Maklumat, Jualan, Pengangkutan, Penglibatan Kerajaan, Bencana dan Pematuhan Syariah. Hasil kajian mendapati faktor Proses Penternakan, Kewangan, Penternak, Kualiti Hasil Ternakan, Teknologi, Bekalan, Jualan, Pengangkutan, Penglibatan Kerajaan dan Pematuhan Syariah diterima sebagai gangguan di dalam rantaian bekalan industri penternakan. Melalui kaedah KDTS, model gangguan rantaian bekalan penternakan disahkan dalam kajian ini. Pengujian kebolehlaksanaan prototaip menunjukkan model yang dibangunkan boleh diguna pakai. Prototaip sistem amaran penternakan boleh diketengah sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan industri penternakan di Malaysia khususnya.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectInformation technologyen_US
dc.titleModel gangguan rantaian bekalan dalam industri penternakanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages324en_US
dc.identifier.barcode005972(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
TesisNurAmlyaP69961.pdf
  Restricted Access
30.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.