Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772438
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdullah Mohd Zin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNur Husna Azizul (P72258)-
dc.date.accessioned2024-01-18T08:29:15Z-
dc.date.available2024-01-18T08:29:15Z-
dc.date.issued2022-01-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772438-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractCiri-ciri Komputeran ubiquitous termaju termasuk mempunyai rangkaian ad-hoc, komputeran awan, dan juga IoT. Tiga cabaran dalam komputeran ini iaitu i) komputeran ini terdiri daripada rangkaian berstruktur dan tidak berstruktur ii) memerlukan senibina yang menyokong komunikasi pelbagai jenis perisian dan iii) isu keselamatan data semasa komunikasi antara pelbagai perkakasan. Antara contoh komputeran ubiquitous termaju ialah Blockchain dan Komputeran Honeybee. Konsep Blockchain bagaimanapun tidak menyokong ciri komputeran ubiquitous termaju kerana ia tidak boleh membuat transmisi data yang besar dan pelbagai. Manakala Komputeran Honeybee pula, merupakan Komputeran Ubiquitos Termaju yang menyokong model hibrid rakan-ke-rakan (P2P), dan komunikasi antara nod dan pelayan pusat. Antara keperluan dalam komputeran Honeybee ialah membolehkan komunikasi antara peralatan pengguna dilakukan secara P2P, membolehkan capaian kepada analitik prediktif, dan membolehkan capaian kepada enjin gelintar semantik dalam keadaan yang selamat. Selain itu, data dalam komputeran Honeybee disebarkan melalui aplikasi yang mempunyai domain dan rangkaian yang membuatkan kebergantungan tersorok mengikut domains, platform, dan perkhidmatan. Ini memberikan implikasi bagaimana sistem akan dibina dan berkembang. Untuk membangunkan aplikasi mudah alih, juru aturcara perlu menjelajah reka bentuk kreatif dan teras kejuruteraan teknologi dalam komputeran Honeybee. Komputeran Honeybee tidak mempunyai kerangka integrasi perisian yang menyokong sepenuhnya ciri-ciri komputeran Honeybee. Oleh itu, satu kerangka integrasi perisian dicadangkan bertujuan memudahkan proses pembangunan perisian dengan membolehkan perkongsian data antara aplikasi. Contoh komputeran Honeybee ialah Smart Home, Smart Village dan Smart City Smart Village (SCSV). SCSV dipilih sebagai skop kajian kerana mempunyai data yang dinamik dan kompleks selain ia berkonsepkan persekitaran bestari yang menggunakan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar dan kampung. Bagi memastikan kesemua aspek dalam komputeran Honeybee disokong, tiga objektif kajian adalah seperti berikut: pertama, mengenal pasti komponen yang diperlukan bagi kerangka integrasi perisian yang menyokong Komputeran Honeybee dan seterusnya mereka bentuk dan mengimplementasi komponen berkenaan; kedua, menyokong kerangka integrasi perisian dengan memasukkan unsur keselamatan, dan ketiga, menilai kerangka integrasi perisian yang dicadangkan. Kajian ini menggunakan kaedah sains rekabentuk. Penilaian kerangka dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kes dan penilaian pakar. Penilaian secara kajian kes melibatkan pembangunan satu aplikasi SCSV sebagai demonstrasi. Hasil penilaian menunjukkan kerangka integrasi perisian yang dibangunkan memudahkan pembangunan aplikasi yang selamat dalam Komputeran Honeybee.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKerangka integrasi perisian bagi komputeran Honeybeeen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages221en_US
dc.identifier.callnoCD TESIS UKM PL2en_US
dc.identifier.barcode005959(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KERANGKA INTEGRASI PERISIAN BAGI .pdf
  Restricted Access
2.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.