Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772437
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurhizam Safie Mohd Satar, Prof. Madya Ts. Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Yusnorizam Ma’arif (P89058)-
dc.date.accessioned2024-01-18T08:28:34Z-
dc.date.available2024-01-18T08:28:34Z-
dc.date.issued2021-12-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772437-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractTesis ini bertujuan untuk menguji model baharu ERP-KM terhadap prestasi organisasi yang merangkumi prestasi operasi dan kewangan sektor minyak dan gas di Malaysia. Permasalahan yang dikenalpasti daripada penyelidikan ini adalah untuk menentukan adakah model konseptual yang dicadangkan sesuai dalam perlaksanaannya di sektor minyak dan gas. Penyelidik mendapati tiada kajian yang pernah dilakukan di Malaysia khususnya dalam penciptaan model konseptual yang sesuai untuk sektor ini. Oleh itu, terdapat keperluan penyelidikan untuk mengkaji faktor kejayaan kritikal dalam pelaksanaan ERP-KM dalam mengenalpasti model praktikal yang sesuai, yang dapat meningkatkan prestasi. Model seumpama ini pernah dikaji di beberapa negara namun tidak menyentuh aspek faktor kejayaan kritikal bagi menentukan prestasi organisasi yang melaksanakan ERP-KM. Berdasarkan permasalahan ini, penyelidik mendapati kekurangan struktur pengurusan pengetahuan (KM) yang mencukupi telah menyebabkan kegagalan pelaksanaan ERP-KM. Objektif utama tesis ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor kejayaan kritikal ERP-KM, memeriksa samada KM dan Insentif adalah pengantara yang signifikan di antara hubungan ERP-KM dan prestasi organisasi serta menentukan faktor kejayaan kritikal terhadap prestasi organisasi sektor minyak dan gas Malaysia. Tesis ini ditulis dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Tesis ini juga melibatkan analisa data menggunakan Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 23.0 untuk menjalankan analisis dan pengukuran data. Pemodelan persamaan struktur PLS-SEM pula digunakan untuk membangunkan model ramalan. Secara bersamaan, penyelidik mempunyai instrumen kajian terperinci iaitu dengan menggunakan borang soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Sebanyak 400 peserta telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang dijalankan daripada 425 borang yang diedarkan merangkumi 665 saiz populasi yang dikenalpasti. Di dalam model konseptual ERP-KM, terdapat enam faktor kejayaan kritikal, iaitu perkongsian pengetahuan, penyimpanan pengetahuan, strategi pengetahuan, latihan, sokongan perunding dan pengurusan projek yang merupakan pemboleh ubah bebas dianalisa secara kuantitatif. Keputusan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa keseluruhan enam faktor kejayaan kritikal memberikan kesan yang signifikan terhadap prestasi organisasi, termasuklah pengurusan pengetahuan dan insentif sebagi pengantara, memberikan impak yang positif terhadap organisasi. Tesis ini berpotensi sebagai bahan rujukan awam, dan keputusannya membolehkan sektor minyak dan gas mencipta penyelesaian masalah perniagaan yang terkait dengan pengurusan pengetahuan ERP. Sumbangan kepada pengamal ERP-KM secara praktikalnya, mereka dapat mengadaptasi model konseptual yang telah dikaji dan diuji secara ilmiah berdasarkan kaedah-kaedah yang telah digunakan semasa penyelidikan ini dijalankan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleModel pengurusan pengetahuan ERP terhadap prestasi organisasi sektor minyak dan gas di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages301en_US
dc.identifier.callnoCD TESIS UKM PL2en_US
dc.identifier.barcode005958(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MODEL PENGURUSAN PENGETAHUAN ERP TERHADAP PRESTASI .pdf
  Restricted Access
4.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.