Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772416
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Fadzilah Mat Noor, Ts. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Saffa Raihan Zainal Abidin (P78952) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-01-18T06:11:43Z | - |
dc.date.available | 2024-01-18T06:11:43Z | - |
dc.date.issued | 2022-09-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772416 | - |
dc.description | Full-text | en_US |
dc.description.abstract | Kajian lepas mendapati pembelajaran konvensional dianggap lebih menarik jika menggabungkan elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang bersesuaian. Tetapi, kebanyakan bahan bantu mengajar tidak sesuai dengan murid keupayaan kognitif rendah atau lebih dikenali sebagai murid mempunyai harapan lulus (Halus). Antara medium TMK yang mendapat tempat di hati murid adalah permainan serius yang mampu menarik minat dan telah terbukti keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak semua perisian permainan yang digunakan direka bersesuaian dengan murid Halus kerana tidak melibatkan pakar domain dalam mereka bentuk permainan. Pandemik yang melanda membuatkan guru mengalami kesukaran mengajar dan kaedah konvensional diakui guru kurang praktikal. Pereka permainan memerlukan satu model yang dapat membantu penghasilan permainan yang bersesuaian dengan murid Halus. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Model Permainan Serius Pembelajaran Berasaskan Otak (Model PS-PBO) yang disahkan melalui prototaip Mari Membaca. Kajian ini mengguna kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan (Design Development Research, DDR) yang terdiri daripada fasa pembentukan dan pengesahan model melalui prototaip. Hasil analisis adalah model permainan serius untuk pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu yang disah menggunakan teknik Delphi. Implementasi model adalah melalui pembangunan prototaip perisian Mari Membaca dengan menggunakan Unity. Penilaian prototaip dilakukan melalui penilaian kebolehgunaan, penilaian kepuasan penggunaan strategi PBO, pengesahan akhir model dan penilaian keberkesanan. Sampel kajian melibatkan enam orang guru dan 22 orang murid Pemulihan. Hasil penilaian kebolehgunaan memperoleh skor min purata yang tinggi (min=4.86) yang terdiri dari tujuh atribut iaitu perisian yang mudah diingati, mudah dipelajari dan digunakan, persembahan kandungan yang baik, maklum balas, persembahan reka bentuk antara muka, integrasi media dan kepuasan perisian secara menyeluruh. Penilaian kepuasan penggunaan strategi PBO mendapat maklum balas tahap kepuasan yang tinggi dari murid (min=4.06) dan guru (min=4.54). Purata penilaian pengesahan akhir bagi semua komponen model adalah tinggi (min=4.97) dan signifikan (p<0.05). Manakala kajian keberkesanan mendapati terdapat perbezaan signifikan terhadap peningkatan tahap kemahiran literasi dalam ujian pasca. Sumbangan utama kajian adalah Model PS-PBO yang mengaplikasikan strategi PBO, dan prototaip Mari Membaca. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Educational innovations | en_US |
dc.subject | Education -- Information technology | en_US |
dc.title | Model permainan serius pembelajaran berasaskan otak bagi murid halus | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 298 | en_US |
dc.identifier.barcode | 005942(2021)(PL2) | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
MODEL PERMAINAN SERIUS PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK.pdf Restricted Access | Full-text | 168.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.