Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772301
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Basri Abdul Talib, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Nolida Hanim Mohd Salle, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Norshamliza Chamhuri, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nurul Syafiza Che Nan ( P75181) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-01-10T07:19:11Z | - |
dc.date.available | 2024-01-10T07:19:11Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-06 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772301 | - |
dc.description.abstract | Pembangunan teknologi dalam aktiviti penanaman padi merupakan siri penyelidikan dan inisiatif pertukaran teknologi di mana dapat mempengaruhi kelestarian dalam sektor pertanian yang merangkumi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Antaranya program Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA), Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan bantuan banjir. Pembangunan ini berjaya memastikan kelestarian kehidupan petani melalui kegiatan penanaman padi dua kali setahun khususnya di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sungguhpun begitu, purata hasil bersih masih belum dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 6200 kilogram (kg) per hektar. Peningkatan kos input pengeluaran seperti kos jentera menyebabkan berlaku pengurangan dalam pengeluaran padi. Faktor kelewatan penghantaran benih padi menyebabkan orang tengah mengambil kesempatan menjual benih padi dengan harga yang melambung sehingga RM 48 bagi setiap 20 kg. Keadaan ini menyukarkan petani melakukan proses tanaman padi walaupun musim penanaman sudah tiba. Kos buruh yang tinggi menyebabkan petani padi yang berada dalam golongan mudah terancam tidak mampu meningkatkan penggunaan buruh. Selain itu, peningkatan kos operasi pengeluaran juga menyebabkan petani mencari pekerjaan sampingan di luar ladang sebagai pendapatan tambahan bagi kelangsungan hidup dan untuk kos pengeluaran aktiviti pertanian. Ketidakcapaian petani dalam memperolehi aset kehidupan menyebabkan golongan ini berada dalam kelompok mudah terjejas dan tidak mencapai tahap pertanian lestari. Aset kehidupan petani seperti aset ekonomi, aset sosial, aset semula jadi, aset fizikal dan aset kewangan petani juga dilihat sebagai penyumbang kepada kelestarian yang dijelmakan daripada impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kajian ini, menentukan input-input pertanian yang mempengaruhi pengeluaran padi dan menentukan faktor sosio ekonomi yang mempengaruhi ketidakcekapan teknik pengeluaran padi di MADA dengan menggunakan pendekatan Model Sempadan Stokastik (SF). Selain itu, kajian ini juga menganalisis hubungan pemboleh bebas dengan pemboleh ubah bergantung iaitu kecekapan pengeluaran dan aset kehidupan terhadap kelestarian dengan menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Sumber data diperoleh daripada kajian lapangan di kawasan MADA adalah temu bual semi-struktur dengan kaedah berstrata dilakukan bagi tujuan kajian yang melibatkan 285 orang petani. Hasil kajian menunjukkan purata kecekapan pengeluaran padi di MADA adalah sebanyak 76% di mana tahap kecekapan dikatakan sebagai cekap. Dari aspek pengeluaran padi, input jentera adalah positif dan signifikan mempengaruhi pengeluaran padi, manakala input buruh adalah negatif dan signifikan mempengaruhi pengeluaran padi. Faktor sosio ekonomi seperti pendapatan dari padi, pendapatan isi rumah, kos operasi, dan pendapatan sampingan berhubungan negatif dan signifikan terhadap ketidakcekapan teknik pengeluaran padi. Analisis SEM menunjukkan kecekapan pengeluaran dan aset kewangan memberi impak yang positif dengan kelestarian. Kesimpulannya, bagi menjamin kelestarian petani, campur tangan kerajaan bagi menstruktur semula bantuan bajakan, penyelarasan kos jentera dan perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan secara menyeluruh perlu dilakukan. Kepelbagaian program atau pekerjaan luar ladang juga perlu diperluaskan bagi membolehkan petani mendapat sumber pendapatan tambahan dan meningkatkan aset kewangan tanpa bergantung sepenuhnya kepada pertanian padi semata mata-mata. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Teknologi | en_US |
dc.subject | Lembaga Kemajuan Padi Muda | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kecekapan pengeluaran dan aset kehidupan terhadap kelestarian petani padi di kawasan lembaga kemajuan pertanian muda (MADA) | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 299 | en_US |
dc.identifier.callno | SB191.R5. N837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007179 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kecekapan pengeluaran dan aset kehidupan terhadap kelestarian petani padi di kawasan lembaga kemajuan pertanian muda (MADA).pdf Restricted Access | Partial | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.