Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772291
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZarina Othman, Prof, Dr.en_US
dc.contributor.authorRafidah Dahari (P75380)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T06:59:31Z-
dc.date.available2024-01-10T06:59:31Z-
dc.date.issued2022-08-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772291-
dc.description.abstractBerakhirnya Perang Dingin menyaksikan wacana keselamatan beralih kepada keselamatan bukan tradisional antaranya penyeludupan senjata api kecil dan ringan (SKR). Kedudukan Malaysia yang strategik di samping sempadan yang luas membuka ruang kepada penyeludupan SKR. Walaupun Malaysia mempunyai kawalan SKR melalui undang-undang dan penguatkuasaan agensi keselamatan, namun aktiviti penyeludupan SKR masih berlaku. Kajian memfokuskan kepada aktiviti penyeludupan SKR di sempadan Malaysia-Thailand. Kajian ini mempunyai empat objektif. Pertama, menganalisis faktor penyumbang penyeludupan SKR. Kedua, mengkaji modus operandinya di sempadan Malaysia-Thailand. Ketiga, menganalisis implikasi penyeludupan SKR ke atas keselamatan insan dan keselamatan nasional. Keempat, mengkaji cabaran utama kerjasama dan mencadangkan penyelesaian dalam menangani masalah penyeludupan SKR melalui sempadan negara. Keselamatan nasional, keselamatan insan dan teori sekuritisasi digunakan sebagai alat analisis bagi memahami fenomena kajian. Penyelidikan ini berasaskan pendekatan kualitatif menerusi data primer yang diperolehi dari kaedah temu bual bersemuka dan pemerhatian. Antara informan yang ditemu bual adalah pegawai agensi keselamatan Malaysia dan Thailand, penyeludup, pesalah senjata api, pemberi maklumat yang sahih, wartawan, penduduk Malaysia di sempadan dan penduduk Thailand di Malaysia, badan bukan kerajaan serta ahli akademik. Temu bual mendalam direkod, ditranskripsi, disemak silang kesahihan maklumat untuk dianalisis secara kritikal. Manakala pemerhatian telah dijalankan di perairan Langkawi, Sungai Golok dan sempadan Malaysia-Thailand menerusi empat negeri Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan. Data sekunder diperolehi melalui bahan bercetak antaranya buku, koleksi jurnal, kertas persidangan, dan laporan agensi kerajaan yang terpilih dan berwibawa. Kajian mendapati penyeludupan SKR bukan bertujuan transit dan dihantar ke negara lain tetapi diedarkan dan digunakan oleh penjenayah di Malaysia. Dapatan juga mendapati faktor dalaman dan luaran menjadi penyumbang penyeludupan SKR antaranya geofizikal Malaysia, kegiatan jenayah terancang dan jenayah rentas sempadan. Selain itu, isu SKR didapati mengancam keselamatan insan dan keselamatan nasional dari aspek keselamatan sempadan yang turut menggugat keselamatan awam dan menggoyah kestabilan politik dan ekonomi negara. Hal ini mendorong kerajaan mensekuritisasikan isu SKR demi keselamatan insan dan negara. Tambahan, kelemahan penguatkuasaan agensi di sempadan mengakibatkan masalah penyeludupan berterusan. Walaupun wujud hubungan baik Malaysia-Thailand, terdapat cabaran ke atas kerjasama antara Malaysia-Thailand seperti perbezaan kepentingan dalam menangani isu SKR. Kajian mencadangkan keperluan penggabungan agensi penguatkuasaan, meningkatkan perisikan, pusingan kerja dan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan keselamatan sempadan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIllegal arms transfersen_US
dc.subjectArms transfersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thailand: ancaman dan kesannya ke atas keselamatan insan dan keselamatan nasionalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages494en_US
dc.identifier.callnoHD9743.A2.R334 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007169en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thailand ancaman dan kesannya ke atas keselamatan insan dan keselamatan nasional.pdf
  Restricted Access
Partial2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.