Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772286
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nurul Huda Abd Karim, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nor Falahiah Ismail (P105354) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-01-10T06:48:23Z | - |
dc.date.available | 2024-01-10T06:48:23Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772286 | - |
dc.description.abstract | Penyelidikan ini memfokus kepada pembangunan bahan sensor DNA khinzir menggunakan terbitan kompleks fenolbenzimidazol. Peringkat pertama kajian ini melibatkan sintesis kompleks fenolbenzimidazol dengan logam bebeza iaitu zink(II) (1), kuprum(II) (2) dan nikel(II) (3), sintesis ligan dengan kumpulan penukarganti penarik elektron berbeza iaitu -OH (4), -Br (5) dan -F (6). Pengkompleksan setiap ligan penarik elektron dengan logam garam kuprum(II) asetat 7, 8 dan 9, juga dijalankan. Kesemua ligan dan kompleks dicirikan menggunakan analisis spektroskopi resonans magnet nukleus (RMN), spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), spektroskopi ultralembayung-boleh nampak (UL-BN), analisis unsur CHNS/O, penentuan julat takat lebur, ujian kerentanan magnet dan sinar-X hablur tunggal. Peringkat kedua kajian pula melibatkan kajian optik terbitan kompleks terhadap DNA dupleks (DNA khinzir dan CT-DNA) melalui kajian titratan UL-BN dan kajian nisbah pancaran pendarfluor. Hasil kajian titratan UL-BN menunjukkan kompleks mampu berinteraksi dengan baik secara interkalasi terhadap kedua-dua jenis DNA berdasarkan pemalar pengikatan, Kb pada magnitud 105 – 107 M-1. Hasil nisbah pancaran pendarfluor pula menunjukkan kompleks 2 mempunyai peningkatan keamatan pancaran yang paling jelas dengan kehadiran DNA. Peringkat ketiga kajian melibatkan pembangunan sensor optik DNA khinzir dengan menggunakan kompleks 2 sebagai interkalator DNA khinzir. Kajian pengoptimuman dan prestasi bahan sensor dijalankan menggunakan spektrososkopi pantulan. Nilai had pengesanan DNA khinzir pada 1.58 × 10-22 M dengan julat rangsangan linear 1 × 10-16 M hingga 1 × 10-19 M (R2 = 0.965). Berdasarkan keselektifan bahan sensor terhadap DNA khinzir berbanding DNA lembu dan ayam, kompleks 2 didapati mampu menjadi interkalator optik yang baik dalam kajian ini untuk pengesanan penghibridan DNA khinzir. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Phenol | en_US |
dc.subject | Benzimidazoles | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Sintesis dan penggunaan kompleks fenolbenzimidazol sebagai bahan sensor optik bagi pengesanan DNA khnizir | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 174 | en_US |
dc.identifier.callno | QD341.P5. N637 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007229 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sintesis dan penggunaan kompleks fenolbenzimidazol sebagai bahan sensor optik bagi pengesanan DNA khinzir.pdf Restricted Access | Full-text | 8.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.