Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772279
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Dren_US
dc.contributor.authorNur Farahhuda Abdul Rahman (P113337)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T06:37:40Z-
dc.date.available2024-01-10T06:37:40Z-
dc.date.issued2023-10-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772279-
dc.description.abstractKesedaran metakognitif dalam kemahiran mendengar menekankan dua elemen utama iaitu pengetahuan dan strategi metakognitif. Kekurangan tahap kesedaran metakognitif dalam pembelajaran kemahiran mendengar akan memberi impak negatif terhadap penguasaan bahasa seseorang individu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar dan hubungannya dengan tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab mereka. Seramai 300 daripada 1280 orang pelajar bahasa Arab tingkatan empat di sekolah menengah negeri Johor dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak strata berkadar. Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan instrumen soal selidik Metacognitive Awareness Listening Questionnaire (MALQ) dan soalan ujian kemahiran mendengar bahasa Arab yang diadaptasi serta diubah suai daripada Goethe-Zertifikat A2 fit in Deutsch bagi bahasa Jerman. Dapatan data deskriptif dan inferensi kajian ini dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar berada pada tahap sederhana (min = 3.41, sisihan piawai = 0.66). Manakala pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar berada pada tahap lemah (min = 46.32, sisihan piawai = 10.44). Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap positif kuat antara kesedaran metakognitif dengan tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab (r = 0.92). Analisis Regresi Linear Berganda menunjukkan kesedaran metakognitif mempengaruhi pencapaian kemahiran mendengar pada nilai R2 = 0.85 bersamaan 85%. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran metakognitif kemahiran mendengar pelajar perlu ditingkatkan. Perbincangan kajian ini boleh dijadikan panduan dalam merancang serta melaksanakan aktiviti kemahiran mendengar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teachingen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malay speakersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa arab pelajar sekolah menengah negeri Johoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages173en_US
dc.identifier.callnoPJ6065.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007222en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa arab pelajar sekolah menengah negeri Johor.pdf
  Restricted Access
Full-text6.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.