Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772277
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamalul Lail Abdul Wahaben_US
dc.contributor.authorIzzati Omar (P107558)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T06:31:16Z-
dc.date.available2024-01-10T06:31:16Z-
dc.date.issued2023-10-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772277-
dc.description.abstractPemimpin yang berefikasi mampu melahirkan guru yang berkomited terhadap sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh efikasi kendiri guru besar novis dengan komitmen organisasi guru. Dapatan kajian lepas menunjukkan guru besar novis mempunyai kompetensi pengurusan yang terhad, bimbang tidak dapat meneruskan legasi terdahulu dan sukar untuk mengadaptasi budaya di sekolah baharu. Manakala, terdapat ketidaktekalan dalam komitmen organisasi guru di mana guru mempunyai tahap komitmen organisasi yang rendah akibat daripada masalah peribadi mereka sendiri. Kajian kuantitatif ini dijalankan di sekolah rendah yang ditadbir oleh guru besar novis di daerah Melaka Tengah. Seramai 242 orang responden telah dipilih melalui persampelan mudah. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian secara deskriptif mendapati kedua-dua tahap efikasi kendiri guru besar novis adalah sangat tinggi dan tahap komitmen organisasi guru adalah tinggi. Kesemua domain dalam efikasi kendiri guru besar novis berada pada tahap sangat tinggi secara berturutan iaitu dimensi kepimpinan pengajaran, dimensi kepimpinan moral dan dimensi pengurusan tugas. Kesemua domain dalam komitmen organisasi guru juga menunjukkan tahap tinggi dimulai dengan dimensi komitmen afektif, dimensi komitmen normatif dan dimensi komitmen berterusan. Selain itu, pengkaji mendapati wujud hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri guru besar novis dengan komitmen organisasi guru. Komitmen organisasi guru pula didapati mempengaruhi sebanyak 7.5% varians efikasi kendiri guru besar novis. Kajian ini menunjukkan latihan pengurusan yang dilaksanakan terhadap bakal pemimpin sekolah dapat melahirkan guru besar yang berkualiti.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectManagementen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh efikasi kendiri guru besar novis terhadap komitmen organisasi guru di Melakaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages163en_US
dc.identifier.callnoLB2831.9.I999 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007220en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh efikasi kendiri guru besar novis terhadap komitmen organisasi guru melaka.pdf
  Restricted Access
Full-text3.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.