Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772270
Title: Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bawah air di kalangan penyelam skuba di pulau Tioman
Authors: Eddy Mazuaansy Mohd Ali Murad (P88000)
Supervisor: Ahmad Aldrie Amir, Dr.
Keywords: Scuba diving
Deep diving
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Oct-2022
Abstract: Ekopelancongan marin telah dipromosikan terutamanya di kawasan terumbu karang yang merupakan antara ekosistem yang paling indah di dunia. Terumbu karang ini tertumpu terutamanya di perairan pantai tropika dan subtropika yang sememangnya menyediakan persekitaran semulajadi yang unik dan kompleks kepada jutaan mikroorganisma. Aktiviti selam skuba rekreasi adalah cara yang paling langsung di mana manusia secara fizikal berinteraksi dengan terumbu karang ini. Oleh sebab itu, penghayatan berkenaan sikap dan tingkah laku penyelam skuba di kawasan terumbu karang adalah sangat penting. Walaupun aktiviti selam skuba dipromosikan sebagai aktiviti yang menyokong semangat kelestarian, penyelam skuba telah menyebabkan kesan negatif terhadap ekosistem terumbu karang. Dalam menjelaskan sikap dan tingkah laku di bawah air, persoalan mengenai bagaimana kedua-dua teori tingkah laku, iaitu Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour, TPB) dan Teori Pengaktifan Norma (Norm Activation Theory, NAT) berinteraksi antara satu sama lain dalam konteks selam skuba akan dirungkai dalam kajian ini. Tujuan keseluruhan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehgunaan kombinasi dua teori tingkah laku (TPB dan NAT) dalam menjelaskan sikap dan tingkah laku di bawah air dalam kalangan penyelam skuba di Pulau Tioman. Kajian ini telah menggunakan 385 responden sebagai bilangan sampel kajian untuk menjawab soal-selidik yang terdiri daripada 6 bahagian yang perlu dilengkapkan. Hasil daripada kajian ini mengesahkan kaitan dan kepentingan sikap, norma sosial, norma peribadi dan tanggapan kawalan tingkah laku (PBC) dalam menjelaskan tingkah laku bawah air dalam kalangan penyelam skuba terutamanya yang mengambil bahagian dalam kaji selidik kajian ini. Dalam mengukur hubungan antara pembolehubah bebas termasuk sikap menyelam, norma sosial, PBC dan norma peribadi, dengan tingkah laku bawah air, pekali korelasi Pearson telah digunakan. Analisis ini membuktikan bahawa semua pembolehubah adalah signifikan secara statistik. Di antara empat pembolehubah bebas, sikap menyelam mempunyai hubungan kuat dengan tingkah laku penyelam, diikuti dengan norma social norma peribadi dan tanggapan kawalan tingkahlaku. Dalam mengukur kekuatan hubungan antara pembolehubah, Ujian Regresi Linear menunjukkan bahawa 65% tingkah laku bawah air dijelaskan oleh sikap menyelam, norma sosial, PBC dan PN. Hasilnya ini adalah penting kerana kebanyakan kajian sosial mencatatkan kurang daripada 50% kekuatan dalam menjelaskan pembolehubah bersandar. Oleh itu, sumbangan kajian ini terhadap pengetahuan adalah sangat penting kerana ia memberikan pemahaman yang lebih baik tentang tingkah laku bawah air dalam kalangan penyelam skuba. Perlu diakui bahawa tingkah laku individu telah berubah dan akan terus berubah dari semasa ke semasa.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 102
Call Number: GV838.6.E333 2022 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bawah air di kalangan penyelam skuba di pulau tioman.pdf
  Restricted Access
Partial633.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.