Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644565
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Hasan Said Iderus (P93589)en_US
dc.date.accessioned2023-11-30T07:40:02Z-
dc.date.available2023-11-30T07:40:02Z-
dc.date.issued2023-05-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644565-
dc.description.abstractIstilah mursal sejak dahulu sehingga sekarang telah mengalami sedikit pergeseran makna sehingga muncul perbezaan dalam memahaminya. Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa status sesuatu hadith lemah (ḍaᶜīf) boleh naik taraf apabila didatangkan riwayat lain (shawāhid) yang menyokong. Justeru, terjadi perbezaan pendekatan dalam berinteraksi dengan hadis mursal kerana hadis belum dibukukan pada zaman fuqaha. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi melengkapi kajian sebelumnya untuk melihat makna mursal yang difahami oleh Syeikh Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawī dan usaha yang beliau lakukan ketika mendatangkan riwayat lain (shawāhid) terhadap hadis yang dianggap mursal. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengetahui kaedah yang diguna pakai oleh beliau ketika berinteraksi dengan hadis mursal. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, dengan menggunakan analisis kandungan iaitu analisis terhadap hadis mursal dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Kajian ini dianalisis secara deskriptif bertujuan mengenal pasti definisi dan perbincangan berkaitan dengan hadis mursal. Hasil kajian mendapati bahawa istilah mursal yang digunakan oleh Syeikh Muḥammad Zakariyyā al Kāndahlawī menggabungkan pendapat ulama dahulu dan sekarang. Sebanyak 170 hadis telah dianggap/dikenal pasti sebagai mursal dengan 156 hadis disambung (mauṣūl) dalam kitab-kitab lain dan baki 14 buah hadis tidak mauṣūl. Apabila didapati sesebuah hadis dinilai sebagai hadis mursal, beliau sentiasa menentukan status hadis sama ada mursal atau tidak, memberikan perspektif yang lebih luas dalam menjelaskan hadis mursal sama ada dari segi sanad mahupun pendapat ulama dan berusaha menjelaskan kedudukan hadis mursal sama ada disambung (mauṣūl) atau tidak. Apabila hadis mursal berjaya disambung (mauṣūl), terdapat kemungkinan naik taraf menjadi ḥasan li ghayrih, manakala yang kekal dalam keadaan mursal kerana tidak terdapat mauṣūl di tempat lain, ternyata fikah hadisnya boleh diamalkan. Kajian ini mendedahkan kepentingan berinteraksi dengan hadis mursal yang dianggap ḍaᶜīf yang seharusnya diberikan perhatian oleh tokoh-tokoh agama ketika menyampaikan kuliah hadis terhadap masyarakat. Implikasi kajian ini menunjukkan pentingnya memahami makna sesuatu istilah yang dikemukakan oleh ulama dan pentingnya bermazhab.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHadith -- Authoritiesen_US
dc.subjectHadith -- Criticism, interpretation, etc.en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKaedah berinteraksi dengan hadis mursal oleh Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages213en_US
dc.identifier.callnoBP136.4.M8446 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007069en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah berinteraksi dengan hadis Mursal oleh Syeikh Muhamad Zakariyya Al-kandahlawi.pdf
  Restricted Access
Full-text2.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.