Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644560
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Zainalen_US
dc.contributor.authorAzlia Cahyani Ngalawi (P90064)en_US
dc.date.accessioned2023-11-30T07:34:47Z-
dc.date.available2023-11-30T07:34:47Z-
dc.date.issued2023-05-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644560-
dc.description.abstractKejayaan sesuatu proses pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar bergantung pada aspek kosa katanya. Namun, masalah mengingat perkataan yang dihadapi pelajar memberi impak kepada penguasaan kosa kata pelajar. Pelajar masih kurang menguasai saiz kosa kata yang sepatutnya dikuasai pada peringkat masing-masing terutama di peringkat tinggi kerana penguasaan saiz kosa kata ini tidak dititikberatkan sejak dari peringkat rendah.. Strategi pembelajaran dan pemilihan kosa kata yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar dalam bahan rujukan seperti buku teks adalah penting dan perlu diberi perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui jumlah kosa kata yang terdapat dalam buku teks sekolah rendah dan menganalisis jumlah perkataan yang berlainan (tanpa pengulangan) di dalam buku-buku teks peringkat rendah sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selain mengkaji tiga kategori kosa kata iaitu kata nama, kata kerja dan partikel yang terdapat dalam korpus kajian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui analisis kandungan manakala dapatan dihurai secara deskriptif. Bagi mencapai objektif tersebut, data korpus yang mengandungi teks dari enam buah buku teks bahasa Arab sukatan JAIS dibina dan dianalisis menggunakan perisian komputer Wordsmith 8.0. Aplikasi word list yang terdapat dalam perisian tersebut digunakan untuk menganalisis jumlah keseluruhan perkataan melalui analisis kekerapan. Dapatan kajian mendapati bahawa 14717 patah perkataan telah dikenal pasti dan jumlah perkataan berlainan adalah sebanyak 2965 perkataan. Berlaku peningkatan jumlah kata dalam setiap buku teks namun kosa kata Arab kurang diulang dalam buku teks ini dan banyak penemuan perkataan baru berbanding dengan kekerapan pengulangan perkataan lama. Selain itu, kosa kata yang terdapat dalam keenam-enam buku teks ini didominasi oleh kata nama al-Nakirah, al-Macrifah bi “ال“, al-Jāmid, Mufrad Muzakkar dan Mufrad Muannath dan bagi kata kerja pula, ia didominasi oleh Fiil Muḍāri manakala Ḥarf al-Jarr dan Ḥarf al-Atf pula untuk kategori partikel. Walaupun terdapat pengulangan kosa kata Arab namun perkataan baharu lebih banyak diketengahkan dan ianya boleh memberi impak dalam ingatan KkA pelajar.Oleh itu, satu strategi pengajaran baru perlu dibina oleh guru bagi membantu penguasaan kosa kata pelajar bersandarkan pada rujukan asas iaitu buku teks.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Glossaries, vocabularies, etc.en_US
dc.subjectArabic language -- Terms and phrasesen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching --Textbooksen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Primary) -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis korpus kosa kata buku teks bahasa Arab di peringkat sekolah rendah JAISen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages223en_US
dc.identifier.callnoPJ6166.A995 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007065en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis korpus kosa kata buku teks bahasa arab di peringkat sekolah rendah JAIS.pdf
  Restricted Access
Full-text4.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.