Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644557
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jaffary Awang, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Zuraiza Husin (P68758) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-30T07:30:52Z | - |
dc.date.available | 2023-11-30T07:30:52Z | - |
dc.date.issued | 2023-03-09 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644557 | - |
dc.description.abstract | Doktrin Triniti adalah asas kepercayaan dalam agama Kristian. Triniti merujuk kepada pegangan penganut Kristian tentang Tuhan sebagai penyatuan tiga person iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus menjadi satu Tuhan. Justeru, kedinamikan kepercayaan kaum Cina di Malaysia, wujud pelbagai pendekatan dalam menjelaskan kefahaman terhadap Triniti dalam kalangan penganut Kristian, kepelbagaian versi Bible yang menjadi rujukan penganut Kristian Cina dan kepelbagaian denominasi penganut Kristian Cina di Lembah Klang mendorong untuk kajian ini dilaksanakan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman penganut Kristian Cina di Lembah Klang terhadap doktrin Triniti dalam ajaran Kristian. Menganalisis perbezaan kefahaman antara doktrin Triniti dengan faktor demografi yang merangkumi bahasa pengantar, golongan berbahasa Inggeris serta golongan berbahasa Cina, pekerjaan, dan kelayakan akademik dan profesional penganut Kristian Cina. Kajian juga mengkaji tahap kefahaman mereka tentang pernyataan-pernyataan dalam Bible berkaitan Triniti. Menganalisis perbezaan kefahaman terhadap pernyataan-pernyataan dalam Bible berkaitan doktrin berdasarkan kepelbagaian versi Bible dan denominasi penganut Kristian Cina di Lembah Klang. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif. Menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 288 orang responden dalam kalangan penganut Kristian Cina dan enam orang agamawan Kristian bagi temu bual separa struktur. Responden dipilih melalui prosedur Pensampelan Bertujuan dan Pensampelan Kuota. Analisis data adalah melalui ujian deskriptif dan ujian inferensi ANOVA Sehala (Kruskal-Wallis H dan ujian Mann-Whitney U) menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) (versi 25). Perisian NVivo (versi 10) digunakan bagi menganalisis data temu bual. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman penganut Kristian Cina di Lembah Klang terhadap doktrin Triniti berada pada tahap tinggi. Seterusnya, terdapat perbezaan kefahaman terhadap doktrin Triniti berdasarkan faktor demografi merangkumi bahasa pengantar, golongan berbahasa Inggeris serta golongan berbahasa Cina, pekerjaan, dan kelayakan akademik dan profesional. Kefahaman penganut Kristian Cina terhadap pernyataan pernyataan berkaitan Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus dalam Bible juga berada pada tahap tinggi. Penemuan kajian mendapati terdapat perbezaan kefahaman antara pernyataan-pernyataan dalam Bible berkaitan doktrin Triniti dengan kepelbagaian versi Bible yang menjadi rujukan penganut Kristian Cina. Hasil kajian juga mengenal pasti terdapat perbezaan yang signifikan kefahaman terhadap doktrin Triniti berdasarkan denominasi penganut Kristian Cina di Lembah Klang. Sehubungan itu, kajian ini menjadi panduan untuk memahami doktrin Triniti dalam agama Kristian dan memperluaskan aktiviti dialog antara agama Islam dan Kristian ke arah mencapai inspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Trinity | en_US |
dc.subject | Trinities | en_US |
dc.subject | Christians -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kefahaman doktrin triniti dalam kalangan penganut kristian Cina di Lembah Klang | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 530 | en_US |
dc.identifier.callno | BT111.3.Z837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007062 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kefahaman doktrin triniti dalam kalangan penganut kritian cina di lembah klang.pdf Restricted Access | Full-text | 5.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.