Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644555
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamzuri Zakaria, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Salmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nurulashiqin Mahmud Zuhudi (P98482) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-30T07:29:52Z | - |
dc.date.available | 2023-11-30T07:29:52Z | - |
dc.date.issued | 2023-02 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644555 | - |
dc.description.abstract | Ketidakselarasan fatwa Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) antara institusi fatwa kebangsaan dengan institusi fatwa negeri merupakan isu autoriti pentadbiran hal ehwal agama Islam yang telah memberi kesan kepada sosial dan ekonomi serta perlu ditangani secara berhemah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepentingan penyelarasan fatwa dari aspek pembangunan ekonomi, mengkaji asas penentuan fatwa tersebut dan menganalisis hubung kait penyelarasan fatwa dengan gelagat pelabur semasa pertimbangan pelaburan. Metodologi kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes bagi membincangkan isu ketidakselarasan fatwa di Malaysia, kajian menggunakan konsep triangulasi dalam pengumpulan data iaitu temu bual separa struktur 9 orang Informan Kajian bidang fatwa dan ekonomi, soal selidik terhadap 452 responden dan analisis kandungan. Manakala analisis data kajian menggunakan kaedah tematik, tinjauan literatur sistematik, analisis deskriptif dan analisis inferensi. Perbincangan dapatan bersandarkan lima kerangka teori iaitu Garis Panduan Pengeluaran Fatwa, Teori Maqasid Syariah, Indeks Maqasid Syariah, Teori Penyelarasan Fatwa dan Indeks Pembangunan Ummah Malaysia. Hasil kajian mendapati lima kepentingan penyelarasan fatwa iaitu meningkatkan pemilikan ekuiti, meningkatkan sifat ketamadunan masyarakat dari aspek menghormati perbezaan, meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama, meningkatkan keyakinan bermuamalat berdasarkan syariat Islam dan menghilangkan kekeliruan terhadap hukum Islam. Kajian turut mendapati tiga asas penentuan fatwa tersebut iaitu berdasarkan maqasid syariah, kaedah fiqhiyyah dan proses ijtihad yang menjurus kepada ketidakselarasan fatwa perlu diminimakan sebanyak mungkin terutama berhubung kait kepentingan nasional dan kepentingan awam agar kemaslahatan ummah terpelihara. Dapatan ini disokong melalui pembuktian empirikal bahawa wujudnya hubungan signifikan sederhana kuat antara pemboleh ubah fatwa dengan pemboleh ubah gelagat yang bermaksud pelabur ASN dan ASB mengambil kira aspek fatwa dalam membuat pertimbangan pelaburan. Implikasi kajian kepada negara adalah membantu pelaksanaan langkah strategik Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 demi kebajikan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti di samping membuktikan peranan positif yang dimainkan oleh agensi agama dalam pembangunan ekonomi negara di samping keprihatinan penyedia perkhidmatan kewangan dalam memenuhi kehendak masyarakat bermuamalat mengikut syariat Islam. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Fatwas -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Investments (Islamic law) | en_US |
dc.subject | Investments -- Religious aspects -- Islam | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kepentingan penyelarasan fatwa Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) terhadap pembangunan ekonomi | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 376 | en_US |
dc.identifier.callno | BP158.F3N837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007061 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kepentingan penyelarasan fatwa amanah saham nasional ASN dan amanah saham bumiputera ASB terhadap pembangunan ekonomi.pdf Restricted Access | Full-text | 4.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.