Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644495
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Saiful bin Mansor, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Shukor Md. Nor, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Ummi Nur Syafiqah Daud (P99815) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-28T07:06:07Z | - |
dc.date.available | 2023-11-28T07:06:07Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644495 | - |
dc.description.abstract | Burung walet (Aerodramus sp.) merupakan burung pemakan serangga dan spesies burung diurnal yang mampu terbang di dalam kawasan gelap menggunakan gema lokasi. Burung walet sangat dikenali dengan sarangnya yang bernilai tinggi dihasilkan melalui air liur. Populasi burung walet koloni ladang semakin meningkat disebabkan kepentingan ekonomi kepada peladang sarang burung walet dan negara. Kebanyakan kajian biologi pembiakan burung walet masih lagi berfokus terhadap koloni di dalam gua, namun kajian bagi koloni ladang adalah sangat kurang, khususnya tentang perilaku pengeraman dan penjagaan anak burung walet. Kajian komposisi diet burung walet menggunakan teknik molekul di habitat dan musim yang berbeza juga masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang biologi pembiakan burung walet khususnya perilaku pengeraman dan corak pemberian makanan oleh induk burung walet, di rumah burung walet di Bentong, Pahang dari bulan Ogos 2019 sehingga Disember 2020. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan komposisi diet burung walet ketika musim kering dan basah serta perbezaan komposisi diet di antara habitat berlainan di tiga kawasan yang berbeza iaitu: 1) Bentong, Pahang (habitat campuran); 2) Kulai, Johor (habitat kelapa sawit); 3) Seberang Perai, Pulau Pinang (bandar) menggunakan teknik Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS). Hasil kajian pada 15 pasangan burung walet mendapati kejayaan pembiakan anak burung walet pada musim kering (79%) lebih tinggi berbanding pada musim basah (21%). Secara keseluruhan, kadar penetasan adalah sebanyak 76.7% manakala kadar kejayaan anak terbang adalah sebanyak 63% (n=30), dengan purata masa diambil untuk terbang adalah selama 49±4.72 hari. Secara purata, purata tempoh masa pengeraman anak adalah selama 23±1.92 hari. Kedua-dua induk mengeram dan memberi makan kepada anak burung secara bergilir-gilir. Purata pengeraman oleh induk yang mengeram dua biji telur lebih rendah berbanding induk yang mengeram sebiji telur, disebabkan strategi pertukaran induk yang tinggi di antara induk jantan dan betina. Tiada perbezaan yang signifikan pada kadar pemberian makanan diantara induk yang menjaga seekor anak dan induk yang menjaga dua ekor anak. Akan tetapi, bagi induk yang menjaga dua anak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tempoh masa pengambilan makanan diantara anak burung pertama (ABP) dan anak burung kedua (ABK). ABK mengambil masa yang lebih lama sebelum berjaya terbang (ABP= 43±4.04 hari; ABK= 50±2.17 hari) kerana jumlah pengambilan makanan oleh ABP lebih tinggi pada 15 hari yang pertama (ABP= 2.71 ±1.93 min/hari; ABK= 1.62±0.75 1min/hari). Hal ini menyebabkan tempoh sela masa yang panjang diantara tarikh ABP dan ABK terbang (7±4.21 hari), walaupun sela masa penetasan antara telur pertama dan kedua adalah singkat (2±0.83 hari). Kajian diet mendapati, sebanyak 49% daripada serangga yang dijumpai adalah daripada order Himenoptera (49%), diikuti order Diptera (24%). Serangga yang ditemui dalam diet burung walet adalah berbeza mengikut habitat. Kelimpahan serangga dalam diet burung walet adalah tinggi tetapi kekayaan taksa serangga adalah rendah pada musim basah berbanding pada musim kering. Manakala, kelimpahan serangga dalam diet burung walet adalah rendah dan kekayaan taksa serangga adalah tinggi pada musim kering. Ini menunjukkan bahawa burung walet memilih serangga yang eksklusif pada musim basah, dan mampu beradaptasi dengan ketersediaan makanan pada musim kering mengikut habitat yang berbeza. Data ini dapat menambah maklumat yang berguna kepada pengusaha rumah burung walet bagi mengendalikan penuaian sarang burung dengan lebih mampan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Animal breeding | en_US |
dc.subject | Collocalia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Biologi pembiakan dan diet burung walet (Aerodramus sp.) koloni domestik di semenanjung Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 183 | en_US |
dc.identifier.callno | SF105.U466 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007158 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Biologi pembiakan dan diet burung walet Aerodramus sp koloni domestik di semenanjung malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.