Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644491
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Badrul Munir Md. Zain, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nor Hafisa Syafina Mohd Radzi (P104789) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-28T07:01:15Z | - |
dc.date.available | 2023-11-28T07:01:15Z | - |
dc.date.issued | 2023-03-04 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644491 | - |
dc.description.abstract | Gajah Asia merupakan megaherbivora terkenal yang diancam kepupusan disebabkan kehilangan habitat, fragmentasi hutan, konflik manusia-gajah dan aktiviti pemburuan haram. Konflik manusia-gajah menyumbang kepada peningkatan kadar kematian gajah disebabkan kemalangan di jalan raya, pembunuhan bersifat dendam dan pemasangan jerat yang membawa maut akibat jangkitan kuman. Di Malaysia, gajah Asia banyak dijumpai di dalam dan luar hutan primer serta sekitar hutan sekunder. Pengurusan kualiti habitat gajah dengan terperinci dapat memastikan kelansungan populasi gajah dalam jangka masa panjang. Maklumat pemakanan gajah dapat membantu program pengkayaan habitat di Semenanjung Malaysia dan mengurangkan implikasi konflik manusia-gajah. Kaedah metabarkod DNA membolehkan penentuan diet hidupan liar tanpa memerlukan pemerhatian secara langsung di lapangan. Namun, penyelidikan melibatkan metabarkod diet gajah liar tidak pernah dijalankan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan; i) diet gajah Asia liar dari kawasan konflik manusia-gajah di Semenanjung Malaysia melalui analisis metabarkod DNA dan ii) pengaruh parameter persekitaran di kawasan konflik manusia-gajah terhadap pemakanan gajah Asia. DNA diekstrak dari 39 sampel tinja telah dikelompokkan menjadi dua belas sampel melibatkan sampel lokasi dari Kuala Koh, Kenyir, Ulu Muda, Sira Batu, Kupang-Grik, Bumbun Tahan, Belum Temenggor, Grik, Kg. Pagi, Kg. Kuala Balah, Aring 10 dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGKKG). Wakil sampel dari PKGKKG berfungsi sebagai kawalan positif dalam kajian ini. Amplifikasi dan penjujukan DNA telah menyasarkan gen ribulosa-1,5-bifosfat karboksilase (rbcL) melalui Penjujukan Generasi Hadapan pelantar Illumina iSeq100. CLC Genomic Workbench dan PAST 4.02 telah digunakan dalam analisis data. Secara keseluruhan, terdapat 35 order, 88 famili, 196 genus, dan 237 spesies tumbuhan telah berjaya dikenalpasti dalam diet gajah Asia. Berdasarkan pangkalan data rujukan metabarkod, sejumlah 379 580 jujukan dengan 5385 unit operasi taksonomi (OTU) telah ditemui dari lokasi konfllik manusia-gajah manakala sebanyak 280 197 jujukan dengan 3326 OTU telah ditentukan melalui pengaruh parameter persekitaran utama di lokasi konflik tersebut. Ficus (Moraceae), Curcuma (Zingiberaceae), Phoenix (Arecaceae), Maackia (Fabaceae), Garcinia (Clusiaceae) dan Dichapetalum (Dichapetalaceae) adalah antara tumbuhan diet gajah Asia dengan kelimpahan tertinggi di kawasan konflik manusia-gajah. Senarai metabarkod tumbuhan pada kelimpahan relatif >0.1% dapat digunakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk membina zon penampan dengan penanaman genus tumbuhan diet gajah Asia yang wujud di Malaysia pada sepuluh kilometer sekitar lokasi konflik manusia-gajah. Penambahbaikkan kualiti habitat mengikut kesesuaian habitat gajah di kawasan konflik manusia-gajah dapat memberi impak positif dalam pemuliharaan populasi gajah di Semenanjung Malaysia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Animals -- Habitations | en_US |
dc.subject | Wildlife habitat improvement | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengenalpastian diet gajah Asia (Elephas maximus) di kawasan konflik manusia-gajah di semenanjung Malaysia berdasarkan analisis metabarkod DNA | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 151 | en_US |
dc.identifier.callno | QL756.N637 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007154 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengenalpastian diet gajah asia Elephas maximus di kawasan konflik manusia gajah di semenanjung malaysia berdasarkan analisis metabarkod DNA.pdf Restricted Access | Full-text | 4.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.