Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644439
Title: Kebudayaan megalitik di Luak Berundang Negeri Sembilan dan Wilayah Tunku Besar Tampin : Pemetaan tipilogi fungsi
Authors: Preethevan A/L Ramu (P100382 )
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sejarah Kebudayaan Negeri Sembilan
Pemetaan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jan-2023
Abstract: Kebudayaan megalitik dipercayai telah wujud di Asia Tenggara ketika Zaman Neolitik dan mula berkembang pesat pada Zaman Logam. Namun begitu, penyebaran budaya megalitik di Malaysia dipercayai bermula pada zaman logam dengan melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia seperti Perak, Melaka, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan. Sehingga ke hari ini, Budaya megalitik ini masih kekal menjadi satu misteri yang kabur bukan sahaja di Malaysia, malahan seantero dunia walaupun pelbagai kajian telah dijalankan. Dalam menyelusuri misteri Budaya megalitik serta pengaruhnya di Malaysia, kajian ini hanya akan memfokuskan kepada tinggalan kebudayaan Megalitik di Negeri Sembilan sahaja, rentetan, jumpaan batuan megalit serta pemetaan tapak megalit yang masih kabur. Pengumpulan data etnoarkeologi turut dilakukan di peringkat awal penyelidikan dan seterusnya merekodkan taburan batuan megalit di kawasan berkenaan. Seterusnya, dengan pelaksanaan kaedah Geographical Information System (GIS) dan Global Position System (GPS) yang diintegrasikan bersama, pemetaan semula tapak megalit di Negeri Sembilan terutamanya di Luak Tanah Berundang dan Wilayah Besar Tampin dapat dilakukan berdasarkan situasi semasa batuan tersebut. Di samping itu, penyelidikan ini turut memperjelaskan bentuk serta orientasi batuan megalit yang ditemui berdasarkan analisis tipologi, yang seterusnya membawa kepada fungsi batuan tersebut. Beberapa sesi temu bual turut dilakukan bersama orang sumber bagi menghuraikan maksud di sebalik pembinaan sesebuah batuan megalit itu, berlandaskan konteks Teori Struktural Fungsionalisme. Dengan kaedah penyelidikan yang dijalankan ini, ia secara tidak langsung telah menghasilkan satu bentuk pemetaan tapak megalit yang tepat serta lebih efisien berdasarkan koordinat yang diperolehi dan seterusnya dapat membantu dalam pengesanan batuan megalit bagi tujuan pemuliharaan serta pemeliharaan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Description: Perpustakaan Alam Dan tamadun Melayu
Pages: 215
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kebudayaan megalitik di Luak Berundang Negeri Sembilan dan Wilayah Tunku Besar Tampin ; Pemetaan dan tipologi fungsi.pdf
  Restricted Access
139.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.