Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626918
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Nazlim Yusoff, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaemah Rahman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSyazarina Sharis Osman, Dr.en_US
dc.contributor.authorKhairiah Binti Abdul Hamid (P85820)en_US
dc.date.accessioned2023-11-17T02:58:59Z-
dc.date.available2023-11-17T02:58:59Z-
dc.date.issued2023-09-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626918-
dc.description.abstractPemikiran mencapah ialah suatu proses berfikir atau kaedah yang digunakan untuk menjana idea kreatif melalui pelbagai penyelesaian yang mungkin. Perilaku kesalinghubungan di antara kawasan otak akibat pemikiran mencapah masih dikaji dan antara jurang yang belum diterokai ialah perubahan pola jaringan kesalinghubungan apabila aras pemikiran mencapah meningkat yang mungkin berbeza dengan aras kreativiti individu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan perbezaan kawasan otak teraktif semasa pemikiran mencapah dalam kalangan individu kreatif dan kurang kreatif, seterusnya mencadangkan model kesalinghubungan berkesan optimum antara kawasan otak yang mewakili aras pemikiran mencapah yang berbeza. Lima puluh (50) peserta direkrut melalui persampelan bertujuan dan dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan dan eksperimen, tetapi hanya peserta eksperimen menjalani sesi rangsangan kreativiti. Semua peserta menjalani 3 sesi imbasan fMRI, iaitu dengan tugasan kegunaan asas (KA), kegunaan alternatif (KL) dan kegunaan luar biasa (KLB) apabila melihat objek harian yang dipaparkan pada layar. Keputusan menunjukkan peserta eksperimen mempunyai skor kelancaran dan fleksibiliti yang lebih tinggi daripada peserta kawalan (p<0.05). Semua tugasan pemikiran mencapah (KA, KL dan KLB) menunjukkan pengaktifan bererti pada korteks oksipital dan frontoparietal bilateral, serta korteks motor kiri (pFWE<0.05). Analisis perbandingan KL>KA menunjukkan pengaktifan berbeza pada girus frontal superior bilateral dan insula kiri (pFWE<0.05), manakala KLB>KL menunjukkan pengaktifan berbeza pada girus supramarginal (SMG) bilateral, angular (AG) kiri, frontal inferior (IFG) kiri dan presentral kanan (p<0.001). Pemodelan sebab-dan-akibat dinamik (DCM) untuk respons otak semasa rehat memilih kesalinghubungan berkesan penuh di antara korteks prefrontal medial (mPFC), AG, dan prekuneus (PCU) bilateral dengan kekuatan kehubungan yang lebih tinggi untuk AG→PCU ipsilateral, AG kanan→mPFC dan mPFC→PCU kanan bagi kumpulan kawalan, serta PCU kanan→AG kanan bagi kumpulan eksperimen. Analisis DCM untuk pengaktifan bertugasan pula telah memilih kesalinghubungan berkesan penuh di antara mPFC, PCU serta IFG dan lobus parietal inferior (IPL) bilateral semasa tugasan KL dan KLB. Input modulasi mempunyai pengaruh ke atas kehubungan mPFC→IFG bilateral dan IPL→IFG ipsilateral semasa tugasan KL dan KLB bagi kumpulan kawalan. Bagi kumpulan eksperimen, pengaruh modulasi mempunyai kesan ke atas kehubungan mPFC→IFG bilateral semasa tugasan KL dan ke atas IFG↔IPL ipsilateral semasa tugasan KLB. Kumpulan eksperimen menunjukkan kekuatan hubungan lebih tinggi untuk IPL kanan→mPFC yang juga berkorelasi secara positif dengan prestasi keaslian idea (r=0.606, p=0.017). Hasil kajian mendapati penyepaduan nodus jaringan mod lalai (DMN), iaitu mPFC, PCU dan AG/IPL bilateral, dengan IFG bilateral adalah penting untuk pelaksanaan tugasan pemikiran mencapah. Penglibatan AG/IPL kanan semasa rehat dan tugasan kegunaan alternatif mencadangkan peranannya dalam kawalan kognitif, iaitu dari segi penggabungan idea dari konsep yang dekat dan jauh, serta perencatan idea yang biasa dan tidak relevan, bagi mendapatkan respons yang unik dan asli.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectThinkingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh rangsangan kreativiti ke atas kefungsian dan kesalinghubungan berkesan otak semasa pemikiran mencapah: satu kajian FMRIen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages192en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh rangsangan kreativiti ke atas kefungsian dan kesalinghubungan berkesan otak semasa pemikiran mencapah satu kajian FMRI.pdf
  Restricted Access
Full-text4.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.