Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626898
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chua Kien Hui, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Suzana Makpol, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Liau Ling Ling (P62575) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-17T02:01:34Z | - |
dc.date.available | 2023-11-17T02:01:34Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-23 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626898 | - |
dc.description.abstract | Kajian tentang penggunaan sel stem sebagai rawatan alternatif untuk merawat kegagalan fungsi hepar menjadi semakin popular kerana wujudnya kekurangan pada rawatan sedia ada. Kebanyakan kajian adalah berdasarkan penggunaan sel stem mesenkima perolehan sumsum tulang namun sumber sel stem mesenkima yang lebih sesuai adalah sel stem mesenkima perolehan tisu adipos (ADSC) berdasarkan sumbernya yang banyak dan ia lebih senang diperolehi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh ADSC dalam membaiki kecederaan hepatosit. Untuk tujuan tersebut, ADSC dikultur bersama secara langsung dan secara tidak langsung dengan satu model kecederaan hepatosit yang baru dibangunkan dalam kajian ini iaitu melalui aruhan hidrogen peroksida terhadap sel HepG2. Kecederaan HepG2 diaruh dengan mendedahkan sel kepada CC50 H2O2 pada kepekatan 2.4 mM yang ditentukan terlebih dahulu melalui ujian MTT. Aktiviti aspartat transaminase (AST) didapati meningkat selepas aruhan dan pengekspresan gen-gen inflammasi (TGF-β1, MMP-3, NF-κβ, IL-8 dan IL-6) meningkat secara signifikan. Pengkulturan bersama secara tidak langsung menunjukkan ADSC membantu pemulihan hepatosit tercedera secara signifikan. Keputusan ELISA menunjukkan bahawa kepekatan HGF dan VEGF adalah signifikan lebih tinggi pada kumpulan pengkulturan bersama secara tidak langsung berbanding dengan kumpulan kawalan. Gen-gen inflamasi (IL-1β, MMP-1, CYP7A1, dan ALT) pada HepG2 tercedera adalah signifikan lebih rendah manakala gen-gen regenerasi (FOXM1, IL-6, dan IL-8) dan gen-gen fungsian hepar (FoxA3, albumin) adalah signifikan lebih tinggi dalam kumpulan pengkulturan bersama secara tidak langsung berbanding dengan kumpulan kawalan. ADSC yang dikultur bersama dengan hepatosit tercedera secara tidak langsung mentranspembeza kepada sel menyerupai hepatosit dengan mengekspresi gen-gen spesifik hepatik (Albumin, AFP, CYP7A1, TDO2, CK18 dan ALT). Dalam sistem pengkulturan bersama secara langsung, hasil kajian menunjukkan terdapat interaksi interselular antara dua jenis sel serta sentuhan antara sel-sel demi merangsang proliferasi kedua dua jenis sel. Penghasilan VEGF dan bFGF juga dirangsang dalam kumpulan pengkulturan bersama secara langsung. Peningkatan gen fungsian hepar iaitu albumin dan gen regenerasi iaitu IL-6 dan IL-8 adalah sangat ketara. Secara kesimpulannya, ADSC boleh membantu pembaikpulihan hepatosit tercedera secara tidak langsung dengan penghasilan faktor pertumbuhan dan secara langsung melalui sentuhan antara sel. Selain itu, pengkulturan bersama dengan hepatosit tercedera memodulasi transpembezaan ADSC menjadi sel menyerupai hepatosit seperti yang ditunjukkan oleh pengekspresan gen-gen spesifik hepar. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Stem Cells | en_US |
dc.subject | Liver Diseases | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Peranan sel stem perolehan tisu adipos manusia dalam membaiki kecederaan diaruh hidrogen peroksida pada hepatosit | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 50 | en_US |
dc.identifier.callno | QT20.5.L693p 2017 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002202489 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Falsafah (Fisiologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan sel stem perolehan tisu adipos manusia dalam membaiki kecederaan diaruh hidrogen peroksida pada hepatosit.pdf Restricted Access | Partial | 1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.