Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604621
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorManisah Mohd. Ali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurul Azhana Mohd Yatim (P102141)-
dc.date.accessioned2023-11-09T08:31:17Z-
dc.date.available2023-11-09T08:31:17Z-
dc.date.issued2023-04-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604621-
dc.description.abstractAdvokasi ibu dalam pendidikan merupakan strategi nilai tambah dalam memperjuangkan hak murid berkeperluan khas. Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka kefahaman advokasi pendidikan ibu dan halangan advokasi pendidikan yang dihadapi oleh ibu serta strategi advokasi pendidikan yang digunakan oleh ibu terhadap murid berkeperluan khas. Seramai enam orang ibu kepada murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan dengan sukarela dipilih sebagai peserta kajian di sekitar Kuala Terengganu. Protokol temu bual digunakan bagi mengumpulkan data kajian dan ditranskripsi secara verbatim seterusnya dikodkan bagi membina tema dan sub tema kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah Analisis Indeks Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga tema utama dalam menentukan kefahaman advokasi pendidikan ibu iaitu penglibatan kolaboratif ibu bapa, sistem sokongan, tindakan dan peranan ibu bapa. Terdapat dua tema utama dalam menentukan halangan advokasi pendidikan ibu iaitu halangan sistem sokongan, institusi dan komuniti dan pengurusan keluarga. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tiga tema utama untuk strategi advokasi pendidikan ibu iaitu penyesuaian emosi dan pemantapan nilai kendiri, amalan pendekatan kerohanian, sokongan dan tindakan ibu. Kajian ini menunjukkan pentingnya advokasi ibu dalam usaha untuk memberikan dan mendapatkan hak dan akses pendidikan terhadap anak mereka yang berkeperluan khas, malah advokasi ini juga turut melibatkan kolaborasi pihak sekolah dalam aktiviti yang dilakukan. Sikap dan kecaknaan ibu dalam memastikan proses advokasi juga dititikberatkan bersama dengan sistem sokongan seperti keluarga, komuniti, badan bukan kerajaan dan pasukan profesional. Impak terhadap proses advokasi disebabkan persekitaran ibu dan murid boleh menyebabkan berlakunya halangan dalam advokasi. Ibu perlu menggunakan strategi advokasi dengan pihak sekolah melalui penglibatan bersama anak mereka dalam semua aktiviti di sekolah. Kajian ini memberi implikasi kepada semua ibu murid berkeperluan khas untuk lebih memahami advokasi pendidikan, halangan yang akan dihadapi dan merancang strategi advokasi untuk terus memperjuangkan hak dan keperluan pendidikan agar masa depan mereka akan terus terbela.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectParenting -- Study and teachingen_US
dc.subjectChildren with disabilitiesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePeranan advokasi ibu terhadap murid berkeperluan khas di Kuala Terengganu : satu kajian kesen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages228en_US
dc.identifier.callnoHQ755.7.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007119en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan advokasi ibu terhadap murid berkeperluan khas di kuala terengganu satu kajian kes.pdf
  Restricted Access
Full-text3.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.