Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604032
Title: Amalan kepimpinan, pengurusan strategik dan standard kompetensi pegawai di Kementerian Belia dan Sukan terhadap pelaksanaan dasar sukan negara
Authors: Siti Nazariah Abdul Razak (P82052)
Supervisor: Tajul Arifin Muhamad, Prof. Madya Dr.
Mohd Radzani Abdul Razak, Dr.
Norlena Salamuddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Leadership
Strategic planning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Feb-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan (AK) dan amalan pengurusan strategik (APS) dalam kalangan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kajian ini juga turut mengkaji hubungan serta sumbangan AK dan APS terhadap Standard Kompetensi Dasar Sukan Negara (SKDSN). Kajian ini melibatkan sebanyak 543 orang pegawai yang berkhidmat di bahagian dan agensi sukan di KBS yang dipilih secara rawak sebagai responden kajian dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan iaitu menggunakan soal selidik. Teknik persampelan rawak berstrata mudah pelbagai peringkat iaitu mengikut bahagian dan agensi sukan digunakan bagi menentukan responden kajian. 1 set soal selidik yang terdiri 4 bahagian iaitu maklumat demografi, instrumen AK, APS dan SKDSN. Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu di antara 0.820 hingga 0.889. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif, korelasi dan regresi dengan bantuan perisian komputer iaitu ‘Statistical Package for the Social Science for Windows’ (SPSS for Windows) Versi 22.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap AK min 4.52, APS min 4.47 dan SKDSN min 4.54 berada pada tahap sangat tinggi. Seterusnya, Ujian T Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AK, APS dan SKDSN dengan jantina. Manakala ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dan gred jawatan dengan AK dan APS tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dan gred jawatan dengan SKDSN. Ujian ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AK, APS dan SKDSN dengan pengalaman kerja, tahap pendidikan dan lokasi bertugas. Analisis Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang signifikan antara AK dengan APS hubungan yang sangat tinggi (r=0.712), APS dengan SKDSN hubungan yang sangat tinggi (r=742), manakala hubungan yang signifikan antara AK dengan SKDSN hubungan yang kukuh (r=0.589). Ujian Regresi Pelbagai Linear menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan bagi AK dan APS terhadap SKDSN. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan APS adalah faktor penyumbang kepada SKDSN di KBS yang paling tinggi iaitu sebanyak 55.1%, manakala AK juga merupakan penyumbang kepada SKDSN di KBS tetapi sumbangannya adalah kecil iaitu sebanyak 0.8%. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengukuhan teori, model, empirikal dan pengetahuan melalui sumbangan AK dan APS terhadap SKDSN, implikasi dasar terhadap DSN, Akta Pembangunan Sukan, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Pembangunan Sukan serta Pelan Strategik KBS. Implikasi amalan mengenai AK, APS dan SKDSN agar melahirkan pegawai sukan yang berilmu, menjiwai, proaktif dan berkemahiran dalam melaksanakan DSN. Implikasi kajian ini juga menyediakan AK dan APS dalam kalangan pegawai KBS agar memberi impak yang berterusan untuk meningkatkan tahap SKDSN supaya pembangunan sukan dapat mencapai ke arah negara maju sukan, pencapaian kecemerlangan sukan elit, penglibatan sukan massa sebagai pembudayaan sukan, sukan sebagai agen perpaduan, sukan untuk kesihatan dan sukan sebagai satu industri. Kesimpulan kajian ini mendapati amalan kepimpinan dan amalan pengurusan strategik yang berkualiti akan memberi kecekapan terhadap standard kompetensi DSN dalam kalangan pegawai di KBS.
Pages: 432
Call Number: HD57.7.S5685 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.