Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604016
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salleh Amat, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Mohd. Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Shairatul Azlin Abdul Shukor (P92548) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-09T01:14:05Z | - |
dc.date.available | 2023-11-09T01:14:05Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-24 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604016 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan meneroka faktor ikatan kerjasama penyeliaan, efikasi kendiri penyelia dan gaya penyeliaan terhadap kepuasan penyeliaan dalam kalangan pensyarah penyelia kaunselor pelatih di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan kaedah kajian gabungan penjelasan berturutan (Sequential Explanatory Mixed Methods) telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan dua fasa. Pada Fasa Satu, kajian tinjauan dilaksanakan dan disusuli dengan kajian kes pada peringkat Fasa Dua kajian. Pada peringkat Fasa Satu, tinjauan dilakukan melalui soal selidik yang telah diadaptasi iaitu Soal Selidik Ikatan Kerjasama Penyeliaan, Inventori Gaya Penyeliaan, Soal selidik Efikasi Kendiri Penyelia dan Soal selidik Kepuasan Penyeliaan Penyelia Kaunselor untuk mengukur domain ikatan kerjasama penyeliaan, efikasi kendiri penyelia, gaya penyeliaan dan kepuasan penyeliaan. Analisis statistik deskriptif dijalankan dengan menggunakan frekuensi dan peratus dan analisis statistik inferensi dijalankan menggunakan korelasi Pearson. Seramai 49 orang peserta dalam kalangan pensyarah penyelia kaunselor pelatih dipilih melalui pensampelan rawak mudah terlibat pada peringkat Fasa Satu kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti peserta kajian mempunyai tahap ikatan kerjasama penyeliaan, efikasi kendiri penyelia dan kepuasan penyeliaan yang tinggi. Dapatan kajian turut mendapati ketiga-tiga gaya penyeliaan mesra, berorientasikan tugas dan berorientasikan personal ditonjolkan oleh peserta kajian dengan gaya dominan adalah gaya penyeliaan mesra. Dapatan analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah ikatan kerjasama penyeliaan dengan kepuasan penyeliaan (r=.617), efikasi kendiri penyelia dengan kepuasan penyeliaan (r=.653), gaya penyeliaan mesra dengan kepuasan penyeliaan (r=.695), gaya penyeliaan berorientasikan personal dengan kepuasan penyeliaan (r=.692) dan gaya penyeliaan berorientasikan tugas dengan kepuasan penyeliaan (r=.672). Pada kajian peringkat Fasa Dua, seramai 14 orang peserta kajian yang terpilih melalui pensampelan bertujuan telah ditemu bual. Data temu bual yang telah dilakukan transkripsi diurus menggunakan perisian NVIVO 12. Data temu bual dianalisis melalui analisis tema mendapati ikatan kerjasama penyeliaan yang dibina peserta kajian melibatkan lima tema utama iaitu persetujuan bersama, matlamat penyeliaan, hubungan dalam penyeliaan dan panduan penyeliaan. Selain itu, kajian mendapati efikasi kendiri peserta kajian yang tinggi adalah berdasarkan lima tema iaitu persediaan diri, latihan, perbincangan rakan pensyarah, motivasi dan refleksi pengalaman. Manakala, terdapat empat tema yang menjelaskan strategi gaya penyeliaan peserta kajian adalah berwawasan, komunikasi, kepelbagaian peranan dan personaliti penyelia. Berdasarkan hasil kajian, satu rajah analisis tematik kepuasan penyeliaan dan cadangan garis panduan amalan terbaik penyeliaan kaunselor telah dibangunkan. Kajian ini berpotensi menyumbang kepada penambahan ilmu dalam bidang kaunseling khususnya penyeliaan kaunseling, peluasan penggunaan instrumen pengukuran berkaitan penyeliaan kaunseling dan sumbangan kepada penyedia pengajian tinggi (PPT) terutamanya dalam bidang latihan kaunselor di Malaysia. Kajian lanjutan boleh ditumpukan kepada penglibatan penyelia kaunselor di lapangan serta tumpuan kepada faktor-faktor lain selain yang telah dikaji yang dapat dikaitkan dengan kepuasan penyeliaan pensyarah penyelia kaunselor pelatih. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Counselors | en_US |
dc.subject | Counselor and client | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Ikatan kerjasama, efikasi kendiri dan gaya penyeliaan terhadap kepuasan penyeliaan dalam kalangan pensyarah penyelia kaunselor pelatih | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 415 | en_US |
dc.identifier.callno | BF637.C6.S533 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007129 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Ikatan kerjasama efikasi kendiri dan gaya penyeliaan terhadap kepuasan penyeliaan dalam kalagan pensyarah penyelia kaunselor pelatih.pdf Restricted Access | Full-text | 4.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.