Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604011
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Ab Halim Tamuri, Dato Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Abdul Arif Sidi (P98221) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-09T01:11:48Z | - |
dc.date.available | 2023-11-09T01:11:48Z | - |
dc.date.issued | 2023-01-30 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604011 | - |
dc.description.abstract | Konsep kecerdasan emosi (EQ) telah mengalami perubahan yang pesat dan menarik ramai cendekiawan serta sarjana Islam dan Barat untuk menerokanya. Namun, penerokaan terhadap elemen-elemen kecerdasan emosi (EQ) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) dengan melibatkan amalan religiositi dilihat belum menyeluruh dalam meningkatkan tahap kompetensi dalam bidang pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap Kecerdasan Emosi (EQ), Amalan Religiositi dan Kompetensi di samping untuk mengenal pasti hubungan Amalan Religiositi dan tahap Kecerdasan Emosi (EQ) terhadap kompetensi dalam kalangan GPI. Kajian ini juga dijalankan untuk menguji peranan Kecerdasan Emosi (EQ) sebagai pembolehubah mediator dalam hubungan antara Amalan Religiositi dan Kompetensi. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah mixed method. Kaedah pengumpulan data kuantitatif diterapkan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 470 orang responden terdiri daripada Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Data kajian kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 21 dan AMOS versi 21 manakala data sokongan kaedah kualitatif menggunakan perisian NVivo 2.1 yang melibatkan temu bual dengan sembilan orang responden. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi (EQ) mempunyai nilai min = 4.31, amalan religiositi mempunyai nilai min= 4.23 dan kompetensi mempunyai nilai min = 4.24. Analisis pemodelan yang dilakukan melalui Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa amalan religiositi juga didapati telah memberi kesan secara langsung terhadap kompetensi (β = 0.621, nilai p < 0.05), manakala kecerdasan emosi (EQ) mempunyai kesan secara langsung terhadap kompetensi (β = 0.500, nilai p < 0.05). Amalan religiositi juga didapati telah memberi kesan secara langsung terhadap kecerdasan emosi (β = 0.596, nilai p < 0.05). Hipotesis kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi (EQ) merupakan mediator separa (partial mediation) dalam hubungan antara amalan religiositi dan kompetensi. Saiz kesan pengantaraan bagi mediator ke atas model iaitu hubungan di antara amalan religiositi dan kompetensi dinilai menggunakan ukuran r2 sebanyak 0.51 dengan ukuran julat besar dan amat signifikan terhadap kajian. Oleh itu, kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang bagaimana kecerdasan emosi (EQ) GPI yang diurus dengan baik menurut perspektif Islam mampu meningkatkan kompetensi mereka. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Emotional intelligence | en_US |
dc.subject | Multiple intelligences | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kecerdasan emosi (EQ) sebagai mediator hubungan antara amalan religiositi dan kompetensi dalam kalangan GPI sekolah kebangsaan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 385 | en_US |
dc.identifier.callno | BF576.A233 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007128 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kecerdasan emosi EQ sebagai mediator hubungan antara amalan religiositi dan kompetensi dalam kalanagan gpi sekolah kebangsaan.pdf Restricted Access | Full-text | 5.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.