Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604008
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZanaton Hj. Iksan, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.advisorFariza Khalid, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Razali Abd Samad (P92833)-
dc.date.accessioned2023-11-09T01:10:40Z-
dc.date.available2023-11-09T01:10:40Z-
dc.date.issued2023-04-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604008-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai bahan pembelajaran dan pemudahcaraan berbentuk aplikasi android sains Apps STD 5 sebagai alat bantu mengajar untuk topik tenaga dalam mata pelajaran sains tahun lima di sekolah kebangsaan luar bandar dan bahan sokongan pembelajaran yang interaktif serta inovatif. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan pengguna, mereka bentuk dan membangunkan serta menilai aplikasi pembelajaran tersebut dari aspek kepenggunaan, keberkesanan pencapaian dan penerapan kemahiran abad ke-21. Pengujian keberkesanan aplikasi tersebut dinilai melalui rekod pencapaian pelajar berasaskan pendekatan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme, kognitivisme, m-pembelajaran dan model pembelajaran abad ke-21 dalam sesi pembelajaran bersemuka melalui kaedah kuasi eksperimen. Instrumen-instrumen kajian yang digunakan telah dijalankan proses kesahan dan kebolehpercayaan iaitu kesahan pakar, kesahan kandungan, kajian rintis dan pengesahan data temubual oleh informan. Penyelidikan tersebut melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Fasa analisis keperluan melibatkan seramai 188 orang pelajar melalui kajian tinjauan menggunakan soal selidik menerusi kaedah pensampelan bertujuan. Seterusnya, bagi fasa reka bentuk dan pembangunan, pemilihan sampel bertujuan ke atas tujuh orang pakar dalam bidang Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Multimedia serta Kurikulum dilibatkan menerusi kaedah temu bual separa berstruktur. Menerusi fasa penilaian pula, 50 orang pelajar kumpulan rawatan menjawab soal selidik berkenaan kepenggunaan aplikasi dan ujian keberkesanan melalui kaedah kuasi eksperimen. Sementara itu, 47 orang kumpulan kawalan dilibatkan dengan pengajaran abad ke-21 secara konvensional. Enam orang pelajar dilibatkan dalam temu bual separa berstruktur untuk memberi refleksi keberkesanan dalam aspek kemahiran abad ke-21. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar yang tinggi terhadap perlaksanaan konsep pembelajaran menerusi aplikasi mudah alih dalam aspek peralatan teknologi, perisian teknologi, kemahiran teknologi mudah alih, aktiviti-aktiviti pembelajaran, dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di persekitaran. Pakar bidang pula mengutamakan reka bentuk kandungan bahan pembelajaran dalam aspek isi kandungan, peralatan teknologi mudah alih, bahan media dan elemen-elemen yang perlu ada dalam aplikasi yang bersifat interaktif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih android sains Apps STD 5 telah berjaya menyediakan aktiviti tutorial dan latih tubi melalui strategi pembelajaran kendiri, interaktif serta menerapkan elemen teori pembelajaran. Dapatan kajian keberkesanan juga menunjukkan bahawa pencapaian pelajar juga turut meningkat dengan penggunaan aplikasi android sains Apps STD 5 dalam pembelajaran topik tenaga. Selain itu, penggunaan aplikasi android ini juga berupaya menerapkan kemahiran-kemahiran abad ke-21 iaitu literasi digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, produktiviti tinggi dan nilai kerohanian. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi android sains Apps STD 5 yang menerapkan persekitaran m pembelajaran, multimedia, interaktif dan kepelbagaian dalam teori pembelajaran dan pemudahcaraan memberi impak positif ke atas pencapaian pelajar dan sesuai untuk penerapan kemahiran abad ke-21 yang digunakan untuk topik tenaga bagi mata pelajaran sains tahun lima di sekolah kebangsaan luar bandar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMobile communication systems in educationen_US
dc.subjectMobile appsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan penilaian m-pembelajaran sains 'apps std 5' terhadap pencapaian dan kemahiran abad ke-21 bagi topik tenagaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages671en_US
dc.identifier.callnoLB1044.84.M6349 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007127en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian m pembelajaran sains apps std 5 terhadap pencapaian dan kemahiran abad ke 21 bagi topik tenaga.pdf
  Restricted Access
Full-text10.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.