Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604005
Title: Penggunaan pendekatan struktural minuchin dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia: satu kajian deskriptif
Authors: Umi Nurhidayah Ibrahim (P76089)
Supervisor: Norhayati Mohd Noor, Dr.
Nashrudin Subhi, Dr.
Keywords: Family counseling
Counseling
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jan-2023
Abstract: Kaunseling keluarga merupakan salah satu perkhidmatan dalam kaunseling di Malaysia yang membantu membina keluarga yang sejahtera. Kajian kes ini bertujuan meneroka kesesuaian penggunaan pendekatan keluarga Struktural Minuchin dalam proses kaunseling keluarga. Data telah dikumpul melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian merupakan 10 orang kaunselor berdaftar yang dipilih secara bertujuan melalui teknik Snowball Sampling atau pengambilan sampel rujukan berantai daripada empat buah pusat kaunseling, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Dapatan data daripada temu bual mendalam, pemerhatian dan anlisis dokumen dianalisis menggunakan anlisis tema dengan menggunakan perisian NVIVO 12. Lima tema utama telah muncul daripada data, iaitu: i) profail penggunaan pendekatan keluarga struktural, ii) konsep-konsep pendekatan keluarga struktural yang digunakan, iii) teknik-teknik pendekatan keluarga struktural yang digunakan dalam sesi kaunseling keluarga, iv) faktor-faktor pendorong kepada penggunaan pendekatan keluarga struktural, dan v) cabaran penggunaan pendekatan struktural dan vi) cadangan menambah baik penggunaan pendekatan keluarga struktural. Kajian mendapati penggunaan pendekatan struktural oleh pengamal kaunseling keluarga dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan, kemahiran dan juga isu yang dialami oleh keluarga. Dalam kajian ini penguasaan pengamal kaunseling keluarga dalam pendekatan struktural turut dilihat melalui konsep dan teknik yang digunakan dan juga faktor mereka memilih pendekatan struktural untuk digunakan dalam sesi kaunseling keluarga. Kajian ini dapat memberi nilai tambah dalam bidang keilmuan kaunseling, amalan kaunseling keluarga, kurikulum dan juga latihan kepada pengamal kaunseling keluarga di Malaysia khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dalam menjalankan amalan kaunseling keluarga. Akhir sekali, kajian ini turut mengemukakan cadangan yang signifikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang seperti menjalankan kajian dengan lebih meluas di seluruh Malaysia dan mengambil pengamal kaunseling keluarga dalam pelbagai setting perkhidmatan sebagai peserta kajian.
Pages: 450
Call Number: HV697.U465 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan pendekatan struktural minuchin dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di malaysia satu kajian deskriptif.pdf
  Restricted Access
Full-text4.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.