Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/582251
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharifa Ezat Wan Puteh, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Hafizullah Harun (P78461) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-06T07:24:37Z | - |
dc.date.available | 2023-11-06T07:24:37Z | - |
dc.date.issued | 2020-03-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/582251 | - |
dc.description.abstract | Penggunaan Organofosfat (OP) di ladang-ladang kelapa sawit merupakan sesuatu yang sangat sinonim kerana kepentingannya untuk memastikan produktiviti ladang-ladang kelapa sawit berada pada tahap maksimum. Namun begitu, OP mempunyai kesan yang sangat bahaya kepada kesihatan manusia dan kesan yang paling teruk adalah boleh membawa maut. Terdapat kes-kes kematian di kalangan pekerja ladang kelapa sawit yang terdedah kepada OP di Malaysia. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi pendedahan OP di kalangan pekerla ladang. Terdapat dua soal selidik telah dibangunkan untuk kajian ini. Salah satu soal selidik disediakan kepada pihak pengurusan ladang bagi menilai kos operasi ladang. Sebanyak 19 ladang telah dipilih untuk dijadikan responden, namun begitu hanya 17 ladang yang telah memberikan respon pada soal selidik yang diberikan. Pada masa yang sama satu lagi soal selidik telah digunakan untuk mengenalpasti maklumat demografi dan juga pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) pekerja ladang berkenaan OP. Pendedahan pekerja ladang terhadap OP diukur melalui ujian paras kolinesterase di dalam darah pekerja. Pengukuran paras kolinesterase menggunakan peralatan dan kaedah Lovibond Kolinesterase Test Kit AF267. Melalui kaedah ini, keputusan darah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu normal, kemungkinan pendedahan lebih, pendedahan serius dan pendedahan serius dan sangat bahaya. Bagi melihat faktor yang mempengaruhi pendedahan, paras kolinesterase yang diperolehi akan dibandingkan dengan maklumat daripada kajian soal selidik yang dibuat. Seramai 217 responden telah mengambil bahagian dalam temu ramah dan ujian paras kolinesterase. Keputusan ujian paras kolinesterase menunjukkan 183 responden berada pada paras normal, 33 responden berkemungkinan pendedahan lebih, seorang responden yang mempunyai pendedahan serius dan tiada yang mempunyai pendedahan yang sangat serius dan merbahaya. Terdapat dua elemen yang memberi kesan yang signifikan pendedahan kepada OP secara langsung iaitu elemen jawatan dan juga sikap responden berkenaan OP. Pada masa yang sama, tahap pengetahuan responden memberi kesan tidak langsung kepada perbezaan tahap pendedahan kepada OP. Secara kesimpulannya, pendedahan kepada OP dapat dikawal sekiranya langkah-langkah kawalan yang sesuai digunakan dan sikap pekerja berkenaan OP dapat ditambah baik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Insecticides -- poisoning | en_US |
dc.subject | Organophosphates -- toxicity | en_US |
dc.subject | Health Risk | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.title | Faktor-faktor yang mempengaruhi pendedahan organofosfat di kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Semenanjung Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 154 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Faktor-faktor yang mempengaruhi pendedahan organofosfat di kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Semenanjung Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.