Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/579249
Title: | Spiritualisme dewa dan simbolisme dewa-raja dalam kesusasteraan Melayu klasik |
Authors: | Puteh Noraihan A. Rahman (UM) Zahir Ahmad (UM) |
Keywords: | Spiritualisme dewa Simbolisme dewa-raja Sastera klasik Hindu-Buddha Pandangan semesta Kedaulatan raja-raja Melayu |
Issue Date: | Jul-2017 |
Description: | Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-14 Masihi menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Hal ini memberikan kesan, terutamanya terhadap nilai kebudayaan yang sekali gus mengubah pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme dan agama nenek moyang. Makalah ini menganalisis simbolisme dewa-raja yang bukan hanya dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara, malah turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu klasik. Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer yang terbatas kepada lima teks sastera klasik Melayu seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hikayat Malim Deman. Pemilihan sampel kajian adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza, iaitu sastera sejarah, sastera panji, sastera saduran Hindu dan sastera transisi Islam. Hasil kajian memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan untuk menonjolkan simbolisme dewa-raja yang menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 10 |
Pages: | 28-43 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116554+Source01+Source010.PDF | 445.56 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.